Terpretasi pragmatik terhadap unsur flora dan fauna dalam pantun Melayu

Pantun mengungkapkan nilai kemasyarakatan, adat dan budaya Melayu, nilai ekonomi, nilai ilmu keagamaan serta nilai ilmu sains dan teknologi. Segala yang dilahirkan melalui pantun adalah berupa nasihat, dengan berbagai-bagai ragam bahasa yang tinggi dan bernilai sastera. Terdapat banyak kajian yang d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman, Farahanum
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48443/1/FBMK%202013%2045R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pantun mengungkapkan nilai kemasyarakatan, adat dan budaya Melayu, nilai ekonomi, nilai ilmu keagamaan serta nilai ilmu sains dan teknologi. Segala yang dilahirkan melalui pantun adalah berupa nasihat, dengan berbagai-bagai ragam bahasa yang tinggi dan bernilai sastera. Terdapat banyak kajian yang dijalankan mengenai pantun. Walau bagaimanapun, kajian ini dijalankan untuk menambah dan memperbaiki penyelidikan berkaitan dengan pantun. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menginterpretasi unsur flora dan fauna yang melambangkan sikap dan sifat manusia dalam pantun Melayu, dan merumuskan sejauh manakah unsur flora dan fauna yang terkandung dalam pantun Melayu telah mempengaruhi kehidupan masyarakat. Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan adalah kaedah kepustakaan dan analisis teks. Teori yang digunakan pula ialah teori relevans. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa pantun terdapat pelbagai unsur flora dan fauna yang wujud dalam pantun Melayu. Setiap unsur flora dan fauna yang terdapat dalam pantun-pantun tersebut mempunyai makna yang tersendiri dalam menterjemahkan maksud yang tersirat di sebalik sesebuah rangkap pantun. Kreativiti yang diperlihatkan dalam penciptaan pantun-pantun tersebut diperlihatkan menerusi garapan pantun yang seimbang di mana ruang litupnya masih berada dalam lingkungan adat, cara hidup dan budaya masyarakat yang mendasarinya.