Hubungan penontonan filem da'wah dengan pembentukan personaliti prososial remaja

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan filem yang berunsur dakwah dalam membentuk personaliti prososial dalam kalangan remaja muslim. Secara khususnya,kajian ini dijalankan untuk mengkaji i) hubungan di antara pendedahan filem dengan personaliti prososial, ii) hubungan di antara mesej dakwah d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Rasit, Rosmawati
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48452/1/FBMK%202013%2054R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.48452
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.484522016-09-15T02:56:00Z Hubungan penontonan filem da'wah dengan pembentukan personaliti prososial remaja 2013-03 Mohamad Rasit, Rosmawati Kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan filem yang berunsur dakwah dalam membentuk personaliti prososial dalam kalangan remaja muslim. Secara khususnya,kajian ini dijalankan untuk mengkaji i) hubungan di antara pendedahan filem dengan personaliti prososial, ii) hubungan di antara mesej dakwah dalam filem dan personaliti prososial, iii) hubungan di antara penontonan filem berunsur dakwah dan personaliti prososial, iv) faktor-faktor peramal daripada faktor media filem (pendedahan filem,mesej dakwah dalam filem dan penontonan filem berunsur dakwah) dan faktor psikologikal daripada konstruk Teori Kognitif Sosial (pembelajaran melalui pemerhatian, model simbolik melalui karakter filem dan efikasi kendiri) sebagai faktor yang mempengaruhi personaliti prososial. Kajian ini juga turut dijalankan secara kualitatif bagi mengkaji nilai-nilai prososial dan juga elemen-elemen Teori Filem ar Risalah (akhlak, akidah, ibadah dan syariat) samada menepati konsep dakwah di dalam filem yang dipilih sebagai filem kajian. Kajian ini menggunakan dua fasa melalui kaedah campuran sequential explanatory. Data kajian kuantitatif dikumpul daripada 1028 orang responden yang masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Lembah Klang. Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik yang dibina sendiri dengan gabungan instrumen Prosocial Personality Battery (PSB) dan General Self-Efficacy Scale (GSES). Bagi menjawab objektif yang pertama, kedua dan ketiga, ujian korelasi spara digunakan. Manakala ujian analisis regresi pelbagai digunakan bagi menjawab objektif yang keempat. Bagi objektif kelima, analisis kandungan melalui analisis naratif filem dijalankan bagi mengenal pasti nilai-nilai prososial di dalam filem. Manakala analisis tema pula digunakan bagi menjawab objektif yang keenam. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan di antara pendedahan filem, mesej dakwah dalam filem dan penontonan filem berunsur dakwah dengan personaliti prososial walaupun dengan menyingkirkan kesan konstruk Teori Kognitif Sosial. Selain itu, terdapat juga perkaitan yang signifikan di antara pemboleh ubah bersandar (personaliti prososial) dengan ketiga-tiga pemboleh ubah pengantara (pembelajaran melalui pemerhatian, model simbolik melalui karakter filem dan efikasi kendiri). Ini menunjukkan personaliti prososial menerima kesan secara langsung daripada Teori Kognitif Sosial. Kajian ini juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan daripada faktor media filem dan faktor psikologikal sebagai faktor peramal dengan personaliti prososial. Pembelajaran melalui pemerhatian daripada faktor psikologikal Teori Kognitif Sosial menjadi penyumbang utama dalam kajian ini. Namun, faktor penontonan filem berunsur dakwah masih menjadi penyumbang yang signifikan kepada personaliti prososial. Manakala, analisis kandungan yang dijalankan terhadap filem yang mendapat kekerapan penontonan tertinggi daripada responden dalam kajian tinjauan iaitu Syurga Cinta (2009) dan Nur kasih The Movie (2011) menunjukkan bahawa terdapat dua dimensi personaliti prososial iaitu empati dan kesediaan menolong. Hasil kajian ini turut mendapati elemen akhlak, ibadah, akidah dan syariat Islam berdasarkan Teori Filem ar-Risalah berjaya digarap di dalam filem kajian walaupun tidak menepati konsep dakwah amar makruf nahi mungkar secara keseluruhan. Kesimpulannya, wujud masa depan yang cerah tentang konsep berdakwah melalui filem berunsur dakwah. Perkaitan positif dan sumbangan yang signifikan yang wujud di antara mesej dakwah dalam filem dan juga penontonan filem berunsur dakwah dengan personaliti prososial menunjukkan peranan positif filem. Da'wah (Islam) Da'wah (Islam) in literature 2013-03 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48452/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48452/1/FBMK%202013%2054R.pdf application/pdf en public phd doctoral Universiti Putra Malaysia Da'wah (Islam) Da'wah (Islam) in literature
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Da'wah (Islam)
Da'wah (Islam) in literature

spellingShingle Da'wah (Islam)
Da'wah (Islam) in literature

Mohamad Rasit, Rosmawati
Hubungan penontonan filem da'wah dengan pembentukan personaliti prososial remaja
description Kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan filem yang berunsur dakwah dalam membentuk personaliti prososial dalam kalangan remaja muslim. Secara khususnya,kajian ini dijalankan untuk mengkaji i) hubungan di antara pendedahan filem dengan personaliti prososial, ii) hubungan di antara mesej dakwah dalam filem dan personaliti prososial, iii) hubungan di antara penontonan filem berunsur dakwah dan personaliti prososial, iv) faktor-faktor peramal daripada faktor media filem (pendedahan filem,mesej dakwah dalam filem dan penontonan filem berunsur dakwah) dan faktor psikologikal daripada konstruk Teori Kognitif Sosial (pembelajaran melalui pemerhatian, model simbolik melalui karakter filem dan efikasi kendiri) sebagai faktor yang mempengaruhi personaliti prososial. Kajian ini juga turut dijalankan secara kualitatif bagi mengkaji nilai-nilai prososial dan juga elemen-elemen Teori Filem ar Risalah (akhlak, akidah, ibadah dan syariat) samada menepati konsep dakwah di dalam filem yang dipilih sebagai filem kajian. Kajian ini menggunakan dua fasa melalui kaedah campuran sequential explanatory. Data kajian kuantitatif dikumpul daripada 1028 orang responden yang masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Lembah Klang. Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik yang dibina sendiri dengan gabungan instrumen Prosocial Personality Battery (PSB) dan General Self-Efficacy Scale (GSES). Bagi menjawab objektif yang pertama, kedua dan ketiga, ujian korelasi spara digunakan. Manakala ujian analisis regresi pelbagai digunakan bagi menjawab objektif yang keempat. Bagi objektif kelima, analisis kandungan melalui analisis naratif filem dijalankan bagi mengenal pasti nilai-nilai prososial di dalam filem. Manakala analisis tema pula digunakan bagi menjawab objektif yang keenam. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan di antara pendedahan filem, mesej dakwah dalam filem dan penontonan filem berunsur dakwah dengan personaliti prososial walaupun dengan menyingkirkan kesan konstruk Teori Kognitif Sosial. Selain itu, terdapat juga perkaitan yang signifikan di antara pemboleh ubah bersandar (personaliti prososial) dengan ketiga-tiga pemboleh ubah pengantara (pembelajaran melalui pemerhatian, model simbolik melalui karakter filem dan efikasi kendiri). Ini menunjukkan personaliti prososial menerima kesan secara langsung daripada Teori Kognitif Sosial. Kajian ini juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan daripada faktor media filem dan faktor psikologikal sebagai faktor peramal dengan personaliti prososial. Pembelajaran melalui pemerhatian daripada faktor psikologikal Teori Kognitif Sosial menjadi penyumbang utama dalam kajian ini. Namun, faktor penontonan filem berunsur dakwah masih menjadi penyumbang yang signifikan kepada personaliti prososial. Manakala, analisis kandungan yang dijalankan terhadap filem yang mendapat kekerapan penontonan tertinggi daripada responden dalam kajian tinjauan iaitu Syurga Cinta (2009) dan Nur kasih The Movie (2011) menunjukkan bahawa terdapat dua dimensi personaliti prososial iaitu empati dan kesediaan menolong. Hasil kajian ini turut mendapati elemen akhlak, ibadah, akidah dan syariat Islam berdasarkan Teori Filem ar-Risalah berjaya digarap di dalam filem kajian walaupun tidak menepati konsep dakwah amar makruf nahi mungkar secara keseluruhan. Kesimpulannya, wujud masa depan yang cerah tentang konsep berdakwah melalui filem berunsur dakwah. Perkaitan positif dan sumbangan yang signifikan yang wujud di antara mesej dakwah dalam filem dan juga penontonan filem berunsur dakwah dengan personaliti prososial menunjukkan peranan positif filem.
format Thesis
qualification_name Doctor of Philosophy (PhD.)
qualification_level Doctorate
author Mohamad Rasit, Rosmawati
author_facet Mohamad Rasit, Rosmawati
author_sort Mohamad Rasit, Rosmawati
title Hubungan penontonan filem da'wah dengan pembentukan personaliti prososial remaja
title_short Hubungan penontonan filem da'wah dengan pembentukan personaliti prososial remaja
title_full Hubungan penontonan filem da'wah dengan pembentukan personaliti prososial remaja
title_fullStr Hubungan penontonan filem da'wah dengan pembentukan personaliti prososial remaja
title_full_unstemmed Hubungan penontonan filem da'wah dengan pembentukan personaliti prososial remaja
title_sort hubungan penontonan filem da'wah dengan pembentukan personaliti prososial remaja
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2013
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48452/1/FBMK%202013%2054R.pdf
_version_ 1747811981144883200