Cerita rakyat sebagai medium pendidikan kepada kanak-kanak

Kajian ini dilakukan untuk melihat cerita rakyat sebagai medium pendidikan kepada kanak-kanak serta melihat tanggapan dan juga persepsi kanak-kanak terhadap unsur pendidikan dari kaca mata mereka. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti unsur pendidikan yang terkandung dalam cerita rakyat se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Razali, Liliy Salwani
Format: Thesis
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48676/1/FBMK%202011%2061R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk melihat cerita rakyat sebagai medium pendidikan kepada kanak-kanak serta melihat tanggapan dan juga persepsi kanak-kanak terhadap unsur pendidikan dari kaca mata mereka. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti unsur pendidikan yang terkandung dalam cerita rakyat seterusnya menghuraikan persepsi kanak-kanak terhadap unsur pendidikan tersebut. Sehubungan itu, kajian ini menggunakan Teori Resepsi untuk melihat tanggapan penerimaan dan persepsi kanak-kanak terhadap unsur pendidikan dalam cerita rakyat. Selain itu, kajian ini juga menggunakan kaedah lapangan dan juga kaedah analisis teks. Kaedah analisis teks adalah untuk melihat unsur pendidikan yang terdapat dalam cerita rakyat dan kajian lapangan pula untuk melihat persepsi kanak-kanak menggunakan borang soal selidik dan juga pemerhatian pengkaji mengenai reaksi kanak-kanak ketika proses penyelidikan berlangsung. Penganalisisan terhadap cerita rakyat yang dikaji meliputi tiga aspek pendidikan iaitu mendidik kanak-kanak ke arah perubahan sosial iaitu berubah dari bersikap negatif kepada sikap positif. Seterusnya cerita rakyat turut mendedahkan kepada kanak-kanak tentang aspek ekonomi. Aspek seterusnya adalah cerita rakyat dapat membawa kepada pembentukan moral yang baik. Penganalisisan terhadap aspek pembentukan moral pula merangkumi sepuluh amalan nilai-nilai murni yang terkandung dalam sukatan pelajaran pendidikan moral bagi sekolah rendah dan juga sekolah menengah mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum. Penganalisisan terhadap persepsi kanak-kanak menunjukkan terdapat pelbagai tanggapan dan juga persepsi kanak-kanak terhadap unsur pendidikan sama ada menerima mahupun menolak unsur pendidikan tersebut. Penerimaan dan juga penolakan itu dapat dilihat melalui data-data yang dikumpulkan dalam kajian lapangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa cerita rakyat bukan membosankan dan bukan sebagai bahan khayalan semata-mata. Malah, unsur-unsur pendidikan yang terkandung dalam cerita rakyat dapat memberikan mereka sebuah pengajaran yang amat berguna dalam meniti kehidupan seharian mereka. Cerita rakyat dapat memberikan mereka sempadan tentang baik buruk sesuatu perbuatan.