Faktor mempengaruhi peningkatan keinginan pengguna internet untuk menggunakan e-dagang

Penyelidikan ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi peningkatan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Terdapat empat objektif khusus untuk kajian ini iaitu untuk mengenal pasti (1) pola penggunaan e-dagang dalam kalangan pengguna Internet, (2) enam faktor (keb...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohd Rawi, Ahmad Syahrul Haniff
格式: Thesis
语言:English
出版: 2012
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48677/1/FBMK%202012%2034R.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Penyelidikan ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi peningkatan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Terdapat empat objektif khusus untuk kajian ini iaitu untuk mengenal pasti (1) pola penggunaan e-dagang dalam kalangan pengguna Internet, (2) enam faktor (kebergunaan, kemudahgunaan, pengaruh sosial, kepercayaan, kos, dan keselamatan) dalam mempertingkatkan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang, (3) hubungan antara enam faktor (kebergunaan, kemudahgunaan, pengaruh sosial, kepercayaan, kos, dan keselamatan) dengan peningkatan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang, (4) faktor peramal utama yang paling mempengaruhi peningkatan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Kajian tinjauan deskriptif dan inferensi secara kuantitatif ini menggunakan instrumen borang soal selidik yang diadaptasi dari beberapa hasil kajian lalu dan dilaksanakan di daerah Sepang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Penyelidik telah mengaplikasikan teknik persempelan bertujuan dalam proses pengumpulan data dengan berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan. Berdasarkan kaedah ini,seramai 414 orang responden telah diperoleh melebihi had sampel yang ditetapkan iaitu 398 orang. Hasil kajian deskriptif iaitu pengukuran kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawai terhadap pola penggunaan e-dagang dan faktor penggunaan edagang. Hasil kajian didapati bahawa responden yang menggunakan e-dagang bersependapat yang faktor kebergunaan merupakan faktor utama yang menyebabkan mereka berkeinginan untuk menggunakan e-dagang. Ujian korelasi Pearson didapati bahawa kesemua faktor tersebut memiliki hubungan positif yang signifikan pada tahap sederhana kuat. Faktor tersebut dilihat antara faktor penyumbang ke arah meningkatkan lagi keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Hasil ujian regresi pelbagai (multiple regression) pula didapati bahawa hampir semua faktor merupakan antara faktor peramal utama dalam mempengaruhi peningkatan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang kecuali faktor kepercayaan. Faktor kepercayaan didapati tidak menyumbang kepada perubahan dalam pemboleh ubah kriterion. Pemboleh ubah peramal kebergunaan merupakan penyumbang utama dalam kajian ini terhadap peningkatan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Pengkaji mencadangkan penyelidik yang lain agar diperluaskan lagi kajian dengan menumpukan kepada faktor yang lain dalam mempengaruhi peningkatan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Selain itu, dicadangkan juga agar kerangka konsep kajian ini ditambah dengan elemen gelagat iaitu pemboleh ubah “penggunaan yang sebenar” (actual usage) sesebuah teknologi baharu yang diadaptasi dari model TAM sebenar agar keputusan yang bakal diperoleh akan lebih baik dan menyeluruh. Menerusi pemboleh ubah tersebut, adalah diharapkan agar keputusan hasil kajian yang dijalankan akan menampakkan keputusan yang lebih jitu serta berhasil pada masa hadapan kelak.