Ilmu diplomatik Melayu dalam kesusasteraan Melayu tradisional

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji ilmu diplomatik Melayu dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Ia merupakan wadah ilmu yang penting bagi orang Melayu dalam menjalinkan hubungan dengan kerajaan serantau. Dalam menyelongkar maklumat tentang ilmu tersebut, pengkaji telah memilih beberapa nas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Muhammad, Salmah Jan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48682/1/FBMK%202012%2039R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.48682
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.486822016-10-14T04:41:00Z Ilmu diplomatik Melayu dalam kesusasteraan Melayu tradisional 2012-10 Noor Muhammad, Salmah Jan Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji ilmu diplomatik Melayu dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Ia merupakan wadah ilmu yang penting bagi orang Melayu dalam menjalinkan hubungan dengan kerajaan serantau. Dalam menyelongkar maklumat tentang ilmu tersebut, pengkaji telah memilih beberapa naskhah dijadikan sumber rujukan bagi mencapai matlamat tersebut, iaitu naskhah Sulalat al-Salatin, Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al-Nafis, Hikayat Aceh, Hikayat Merong Mahawangsa, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan buku Warisan Warkah Melayu. Naskhah ini dipilih berdasarkan kepentingan dan kewibawaannya, iaitu lima yang pertama itu telah terpilih sebagai Karya Agung Melayu oleh Yayasan Karyawan Malaysia, manakala dua lagi berkait secara langsung dengan tajuk kajian, iaitu sejarah negeri Kedah dan hubungannya dengan negara luar dan koleksi surat kerajaan Melayu kepada kuasa luar. Permasalahan kajian dalam kajian ini ialah a) apakah strategi yang digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai masyarakat Islam dalam pembinaan ilmu diplomatik berdasarkan naskhah Melayu terpilih, b) sejauhmanakah strategi diplomatik Melayu memberi impak signifikan kepada pentadbiran dan pemerintahan serta pembangunan sebuah kerajaan pada zaman kesultanan Melayu dahulu, dan c) apakah faktor yang menyebabkan kerencatan ketika melangsungkan atau mengekalkan hubungan diplomatik antara kerajaan. Permasalahan kajian di atas digarap dalam penyelidikan ini demi mengungkap dan membentuk objektif kajiannya. Hasil daripada garapan itu, maka tiga objektif kajian telah dibentuk, iaitu a) mengenal pasti strategi yang digunakan oleh masyarakat Melayu dahulu dalam pembentukan ilmu diplomatik antara kerajaan serantau berdasarkan naskhah Melayu lama terpilih, b) menghuraikan implikasi penting daripada aplikasi strategi diplomatik Melayu terhadap pemerintahan dan pentadbiran serta pembangunan sebuah kerajaan pada zaman kesultanan Melayu, dan c) menganalisis faktor yang menyebabkan kerencatan dalam mewujudkan dan melangsungkan hubungan diplomatik antara kerajaan. Kajian ini menggunakan dua buah teori, iaitu yang pertamanya ialah teori diplomasi Islam yang diperkenalkan oleh Wang Yong Bao (Ahmed Musa) dan teori hubungan antarabangsa dalam Islam oleh ‘AbdulHamid ‘A. Abu Sulayman. Pengkaji menggunakan satu pendekatan dalam bidang komunikasi, iaitu pendekatan interaksi dalam menganalisis data penyelidikan. Manakala kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kepustakaan dan kaedah analisis data. Dapatan kajian ini ialah bahawa terdapat empat strategi hubungan diplomatik yang digunakan oleh kerajaan Melayu, iaitu a) pemilihan dan penghantaran utusan kerajaan, b) warkah Melayu penghubung jalinan diplomatik antara kerajaan, c) pemberian hadiah diplomatik, dan d) kepelbagaian strategi diplomatik. Sementara itu, implikasi dapat dilihat dari sudut politik, sosiobudaya, ekonomi dan agama. Manakala kerencatan hubungan diplomatik boleh dilihat berdasarkan kegagalan memahami interaksi antara kerajaan, ingin menjadi ‘kerajaan autokratik’, perlanggaran etika dan moral, dan wujud ketegangan dalam jiwa pemimpin. Diplomacy Malay literature - History and criticism 2012-10 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48682/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48682/1/FBMK%202012%2039R.pdf application/pdf en public phd doctoral Universiti Putra Malaysia Diplomacy Malay literature - History and criticism
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Diplomacy
Malay literature - History and criticism

spellingShingle Diplomacy
Malay literature - History and criticism

Noor Muhammad, Salmah Jan
Ilmu diplomatik Melayu dalam kesusasteraan Melayu tradisional
description Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji ilmu diplomatik Melayu dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Ia merupakan wadah ilmu yang penting bagi orang Melayu dalam menjalinkan hubungan dengan kerajaan serantau. Dalam menyelongkar maklumat tentang ilmu tersebut, pengkaji telah memilih beberapa naskhah dijadikan sumber rujukan bagi mencapai matlamat tersebut, iaitu naskhah Sulalat al-Salatin, Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al-Nafis, Hikayat Aceh, Hikayat Merong Mahawangsa, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan buku Warisan Warkah Melayu. Naskhah ini dipilih berdasarkan kepentingan dan kewibawaannya, iaitu lima yang pertama itu telah terpilih sebagai Karya Agung Melayu oleh Yayasan Karyawan Malaysia, manakala dua lagi berkait secara langsung dengan tajuk kajian, iaitu sejarah negeri Kedah dan hubungannya dengan negara luar dan koleksi surat kerajaan Melayu kepada kuasa luar. Permasalahan kajian dalam kajian ini ialah a) apakah strategi yang digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai masyarakat Islam dalam pembinaan ilmu diplomatik berdasarkan naskhah Melayu terpilih, b) sejauhmanakah strategi diplomatik Melayu memberi impak signifikan kepada pentadbiran dan pemerintahan serta pembangunan sebuah kerajaan pada zaman kesultanan Melayu dahulu, dan c) apakah faktor yang menyebabkan kerencatan ketika melangsungkan atau mengekalkan hubungan diplomatik antara kerajaan. Permasalahan kajian di atas digarap dalam penyelidikan ini demi mengungkap dan membentuk objektif kajiannya. Hasil daripada garapan itu, maka tiga objektif kajian telah dibentuk, iaitu a) mengenal pasti strategi yang digunakan oleh masyarakat Melayu dahulu dalam pembentukan ilmu diplomatik antara kerajaan serantau berdasarkan naskhah Melayu lama terpilih, b) menghuraikan implikasi penting daripada aplikasi strategi diplomatik Melayu terhadap pemerintahan dan pentadbiran serta pembangunan sebuah kerajaan pada zaman kesultanan Melayu, dan c) menganalisis faktor yang menyebabkan kerencatan dalam mewujudkan dan melangsungkan hubungan diplomatik antara kerajaan. Kajian ini menggunakan dua buah teori, iaitu yang pertamanya ialah teori diplomasi Islam yang diperkenalkan oleh Wang Yong Bao (Ahmed Musa) dan teori hubungan antarabangsa dalam Islam oleh ‘AbdulHamid ‘A. Abu Sulayman. Pengkaji menggunakan satu pendekatan dalam bidang komunikasi, iaitu pendekatan interaksi dalam menganalisis data penyelidikan. Manakala kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kepustakaan dan kaedah analisis data. Dapatan kajian ini ialah bahawa terdapat empat strategi hubungan diplomatik yang digunakan oleh kerajaan Melayu, iaitu a) pemilihan dan penghantaran utusan kerajaan, b) warkah Melayu penghubung jalinan diplomatik antara kerajaan, c) pemberian hadiah diplomatik, dan d) kepelbagaian strategi diplomatik. Sementara itu, implikasi dapat dilihat dari sudut politik, sosiobudaya, ekonomi dan agama. Manakala kerencatan hubungan diplomatik boleh dilihat berdasarkan kegagalan memahami interaksi antara kerajaan, ingin menjadi ‘kerajaan autokratik’, perlanggaran etika dan moral, dan wujud ketegangan dalam jiwa pemimpin.
format Thesis
qualification_name Doctor of Philosophy (PhD.)
qualification_level Doctorate
author Noor Muhammad, Salmah Jan
author_facet Noor Muhammad, Salmah Jan
author_sort Noor Muhammad, Salmah Jan
title Ilmu diplomatik Melayu dalam kesusasteraan Melayu tradisional
title_short Ilmu diplomatik Melayu dalam kesusasteraan Melayu tradisional
title_full Ilmu diplomatik Melayu dalam kesusasteraan Melayu tradisional
title_fullStr Ilmu diplomatik Melayu dalam kesusasteraan Melayu tradisional
title_full_unstemmed Ilmu diplomatik Melayu dalam kesusasteraan Melayu tradisional
title_sort ilmu diplomatik melayu dalam kesusasteraan melayu tradisional
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2012
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48682/1/FBMK%202012%2039R.pdf
_version_ 1747811991130472448