Analisis sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah daripada perspektif teknologi prestasi manusia

Teknologi Pendidikan sentiasa memberikan penumpuan terhadap usaha penambahbaikan prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara khusus, subbidang Teknologi Prestasi Manusia memberi penekanan ke arah menyelesaikan masalah prestasi melalui penggunaan perspektif pemikiran bersistem. Justeru kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad, Nor Sakinah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48722/1/FPP%202012%2085R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.48722
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Study and teaching (Secondary)
Performance technology
Educational technology - Malaysia
spellingShingle Study and teaching (Secondary)
Performance technology
Educational technology - Malaysia
Mohamad, Nor Sakinah
Analisis sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah daripada perspektif teknologi prestasi manusia
description Teknologi Pendidikan sentiasa memberikan penumpuan terhadap usaha penambahbaikan prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara khusus, subbidang Teknologi Prestasi Manusia memberi penekanan ke arah menyelesaikan masalah prestasi melalui penggunaan perspektif pemikiran bersistem. Justeru kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti elemen yang terdapat dalam lima komponen utama sistem pengajaran dan pembelajaran serta bagaimana elemen dalam komponen tersebut saling berinteraksi antara satu sama lain. Lima komponen dalam sistem pengajaran dan pembelajaran tersebut terdiri daripada hala tuju, proses, persekitaran sokongan, persekitaran maklum balas dan hasil. Dalam konteks ini, kajian ditumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik di sekolah menengah. Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk (a) mengenal pasti elemen dalam setiap komponen sistem pengajaran dan pembelajaran matematik, (b) meneliti persamaan dan perbezaan elemen dalam setiap sistem pengajaran dan pembelajaran matematik dalam kalangan guru matematik (c) mengenal pasti interaksi antara elemen dalam sistem pengajaran dan pembelajaran matematik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan sembilan orang guru Matematik dan Matematik Tambahan serta sembilan orang pelajar. Mereka dipilih daripada empat jenis sekolah menengah di daerah Klang dan Hulu Langat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Berasrama Penuh. Data dikumpul menggunakan temu bual mendalam dan pemerhatian. Data yang diperolehi seterusnya telah dianalisis menggunakan kaedah perbandingan berterusan. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat satu elemen dalam komponen hala tuju sistem pengajaran dan pembelajaran iaitu ianya berorientasikan peperiksaan. Seterusnya, terdapat enam elemen dalam komponen proses sistem pengajaran dan pembelajaran iaitu reka bentuk pengajaran, pengurusan bilik darjah, pemantauan,pentaksiran dan penilaian, guru, pelajar dan kurikulum. Selanjutnya, terdapat lima elemen dalam komponen persekitaran sokongan sistem pengajaran dan pembelajaran iaitu pengurusan / pentadbir, pengajaran / pembelajaran, infrastruktur / kemudahan,pelajar / guru / ibu bapa / masyarakat dan teknologi. Seterusnya, terdapat dua elemen dalam komponen persekitaran maklum balas iaitu pengajaran / pembelajaran dan pemantauan / pentaksiran / penilaian. Akhirnya, terdapat dua elemen dalam komponen hasil sistem pengajaran dan pembelajaran iaitu prestasi guru dan prestasi pelajar. Setiap elemen ini pula mengandungi beberapa sub-elemen yang memperincikan lagi ciri setiap komponen. Dari segi persamaan elemen dalam sistem pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru matematik, didapati elemen dalam komponen hala tuju sistem pengajaran dan pembelajaran bagi setiap guru adalah berorientasikan peperiksaan. Sebaliknya, elemen dalam empat komponen utama lain menunjukkan perbezaan yang ketara disebabkan pengaruh konteks ke atas guru dan pengajarannya. Namun,perbezaan tersebut kelihatan masih menjurus ke arah memenuhi elemen dalam komponen hala tuju sistem pengajaran dan pembelajaran yang sama iaitu berorientasikan peperiksaan. Selanjutnya, kajian ini mendapati wujud perkaitan di antara lima komponen utama dalam setiap sistem pengajaran dan pembelajaran guru matematik yang dikaji. Perkaitan ini menjelaskan sebab-sebab yang membataskan prestasi Matematik di sekolah menengah. Dapatan kajian ini membawa implikasi bahawa bagi mengatasi masalah prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah penting pengajaran dan pembelajaran tersebut dilihat dan difahami secara mendalam sebagai satu sistem yang menyeluruh.
format Thesis
qualification_name Doctor of Philosophy (PhD.)
qualification_level Doctorate
author Mohamad, Nor Sakinah
author_facet Mohamad, Nor Sakinah
author_sort Mohamad, Nor Sakinah
title Analisis sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah daripada perspektif teknologi prestasi manusia
title_short Analisis sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah daripada perspektif teknologi prestasi manusia
title_full Analisis sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah daripada perspektif teknologi prestasi manusia
title_fullStr Analisis sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah daripada perspektif teknologi prestasi manusia
title_full_unstemmed Analisis sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah daripada perspektif teknologi prestasi manusia
title_sort analisis sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah daripada perspektif teknologi prestasi manusia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2012
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48722/1/FPP%202012%2085R.pdf
_version_ 1747811998709579776
spelling my-upm-ir.487222016-10-17T07:19:12Z Analisis sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah daripada perspektif teknologi prestasi manusia 2012-01 Mohamad, Nor Sakinah Teknologi Pendidikan sentiasa memberikan penumpuan terhadap usaha penambahbaikan prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara khusus, subbidang Teknologi Prestasi Manusia memberi penekanan ke arah menyelesaikan masalah prestasi melalui penggunaan perspektif pemikiran bersistem. Justeru kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti elemen yang terdapat dalam lima komponen utama sistem pengajaran dan pembelajaran serta bagaimana elemen dalam komponen tersebut saling berinteraksi antara satu sama lain. Lima komponen dalam sistem pengajaran dan pembelajaran tersebut terdiri daripada hala tuju, proses, persekitaran sokongan, persekitaran maklum balas dan hasil. Dalam konteks ini, kajian ditumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik di sekolah menengah. Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk (a) mengenal pasti elemen dalam setiap komponen sistem pengajaran dan pembelajaran matematik, (b) meneliti persamaan dan perbezaan elemen dalam setiap sistem pengajaran dan pembelajaran matematik dalam kalangan guru matematik (c) mengenal pasti interaksi antara elemen dalam sistem pengajaran dan pembelajaran matematik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan sembilan orang guru Matematik dan Matematik Tambahan serta sembilan orang pelajar. Mereka dipilih daripada empat jenis sekolah menengah di daerah Klang dan Hulu Langat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Berasrama Penuh. Data dikumpul menggunakan temu bual mendalam dan pemerhatian. Data yang diperolehi seterusnya telah dianalisis menggunakan kaedah perbandingan berterusan. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat satu elemen dalam komponen hala tuju sistem pengajaran dan pembelajaran iaitu ianya berorientasikan peperiksaan. Seterusnya, terdapat enam elemen dalam komponen proses sistem pengajaran dan pembelajaran iaitu reka bentuk pengajaran, pengurusan bilik darjah, pemantauan,pentaksiran dan penilaian, guru, pelajar dan kurikulum. Selanjutnya, terdapat lima elemen dalam komponen persekitaran sokongan sistem pengajaran dan pembelajaran iaitu pengurusan / pentadbir, pengajaran / pembelajaran, infrastruktur / kemudahan,pelajar / guru / ibu bapa / masyarakat dan teknologi. Seterusnya, terdapat dua elemen dalam komponen persekitaran maklum balas iaitu pengajaran / pembelajaran dan pemantauan / pentaksiran / penilaian. Akhirnya, terdapat dua elemen dalam komponen hasil sistem pengajaran dan pembelajaran iaitu prestasi guru dan prestasi pelajar. Setiap elemen ini pula mengandungi beberapa sub-elemen yang memperincikan lagi ciri setiap komponen. Dari segi persamaan elemen dalam sistem pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru matematik, didapati elemen dalam komponen hala tuju sistem pengajaran dan pembelajaran bagi setiap guru adalah berorientasikan peperiksaan. Sebaliknya, elemen dalam empat komponen utama lain menunjukkan perbezaan yang ketara disebabkan pengaruh konteks ke atas guru dan pengajarannya. Namun,perbezaan tersebut kelihatan masih menjurus ke arah memenuhi elemen dalam komponen hala tuju sistem pengajaran dan pembelajaran yang sama iaitu berorientasikan peperiksaan. Selanjutnya, kajian ini mendapati wujud perkaitan di antara lima komponen utama dalam setiap sistem pengajaran dan pembelajaran guru matematik yang dikaji. Perkaitan ini menjelaskan sebab-sebab yang membataskan prestasi Matematik di sekolah menengah. Dapatan kajian ini membawa implikasi bahawa bagi mengatasi masalah prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah penting pengajaran dan pembelajaran tersebut dilihat dan difahami secara mendalam sebagai satu sistem yang menyeluruh. Study and teaching (Secondary) Performance technology Educational technology - Malaysia 2012-01 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48722/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48722/1/FPP%202012%2085R.pdf application/pdf en public phd doctoral Universiti Putra Malaysia Study and teaching (Secondary) Performance technology Educational technology - Malaysia