Faktor peramal penggunaan internet sebagai alat pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru ekonomi rumah tangga di sekolah menengah Selangor, Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi dan penerimaan terhadap Internet serta hasrat perlakuan untuk menggunakannya dalam kalangan guru Ekonomi Rumah Tangga (ERT) yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) pilihan ERT di sekolah menengah harian di negeri Selangor. Senario sebenar men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Phua, Peng Lin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48728/1/FPP%202013%2042R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi dan penerimaan terhadap Internet serta hasrat perlakuan untuk menggunakannya dalam kalangan guru Ekonomi Rumah Tangga (ERT) yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) pilihan ERT di sekolah menengah harian di negeri Selangor. Senario sebenar menunjukkan masih terdapat pendidik yang mempunyai persepsi negatif dan menghadapi masalah untuk menggunakan alat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) terutamanya Internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Hubungan antara persepsi kebergunaan, kemudahgunaan, keseronokan dan sikap selaku pembolehubah bebas dengan hasrat perlakuan selaku pembolehubah bersandar telah dikenal pasti. Kajian ini juga mengenal pasti faktor terbaik dalam meramal hasrat perlakuan guru ERT untuk menggunakan Internet. Reka bentuk kajian tinjauan telah digunakan. Populasi kajian terdiri daripada 799 orang guru ERT dan 135 orang telah dipilih sebagai sampel. Persepsi kebergunaan, kemudahgunaan, keseronokan, sikap dan hasrat perlakuan guru ERT berada pada tahap tinggi/positif dengan skor min sebanyak 182.95 (SP=5.13). Analisis menunjukkan bahawa persepsi kebergunaan (M=37.71,SP=5.56),kemudahgunaan (M=30.74, SP=4.44), keseronokan (M=36.27,SP=5.53) dan hasrat perlakuan (M=34.56, SP=4.28) berada pada tahap tinggi, manakala sikap (M=43.67, SP=5.85) berada pada tahap positif. Semua pembolehubah bebas mempunyai hubungan signifikan dengan hasrat perlakuan untuk menggunakan Internet dengan persepsi kebergunaan [r=.63, n=135, p<.0005], kemudahgunaan [r=.61, n=135,p<.0005], keseronokan [r=.76, n=135, p<.0005] dan sikap [r=.74, n=135,p<.0005]. Ini bermakna bahawa semua pembolehubah bebas mempunyai pengaruh yang positif dengan hasrat perlakuan. Persepsi keseronokan dan sikap merupakan faktor peramal kepada hasrat perlakuan. Kedua-duanya menerangkan 63.1% (adjusted R=.631) varians bagi hasrat perlakuan guru ERT untuk menggunakan Internet dan persepsi keseronokan merupakan penyumbang unik yang lebih kuat berbanding dengan sikap. Adalah dicadangkan supaya portal pendidikan ERT diperbanyakkan atau ditambah baik dengan mengambil kira aspek kebergunaan, kemudahgunaan dan keseronokan. Pihak KPM perlu menyediakan modul dan bahan latihan serta mengadakan road show, bengkel, program intervensi, seminar atau kursus motivasi bagi mengekalkan atau mempertingkatkan sikap dan persepsi yang positif yang seterusnya akan meningkatkan hasrat perlakuan guru untuk menggunakan Internet sebagai alat PdP dalam KHB ERT.