Amalan penaksiran guru dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif

Kajian ini meneliti amalan penaksiran guru dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif. Seramai enam orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di Tingkatan Dua, Tingkatan Empat dan Tingkatan Enam di tiga buah sekolah menengah di Pulau Pinang dipilih sebagai peserta kajian dengan menggunaka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed Mokhtar, Marzni
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48732/1/FPP%202013%2046R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini meneliti amalan penaksiran guru dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif. Seramai enam orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di Tingkatan Dua, Tingkatan Empat dan Tingkatan Enam di tiga buah sekolah menengah di Pulau Pinang dipilih sebagai peserta kajian dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan (purposive sampling). Objektif kajian ini adalah untuk memahami bagaimana guru melaksanakan amalan penaksiran dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif dan memahami bagaimana guru melaksanakan amalan penaksiran dinamik berasaskan kurikulum (Curriculum Based Dynamic Assessment) dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif. Kajian kes kualitatif telah digunakan sebagai kerangka panduan pelaksanaan kajian bagi mencapai objektif kajian. Empat teknik pengumpulan data telah digunakan bagi memperoleh data yang bermakna dan kaya iaitu teknik temu bual separa berstruktur, pemerhatian, rakaman video dan penganalisisan dokumen. Kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian dilakukan dengan menggunakan teknik triangulasi, penilaian rakan sekerja, jejak audit dan hubungan yang berterusan antara pengkaji dengan peserta kajian. Dapatan kajian bagi objektif pertama menemukan 5 tema utama iaitu perspektif guru, prosedur, pendekatan, pembinaan komunikasi antara guru dengan murid dan masalah pelaksanaan proses penaksiran. Seterusnya, bagi objektif kedua kajian, antara tema yang dapat dibentuk ialah ciri, faktor,tahap, strategi, fungsi dan masalah pelaksanaan CBDA dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif. Secara keseluruhannya, amalan penaksiran karangan Bahasa Melayu memperlihatkan kecenderungan guru melaksanakan proses penaksiran untuk pembelajaran memandangkan kesemua peserta kajian amat bergantung penuh pada pendekatan holistik dan analitik untuk diselaraskan dengan tujuan peperiksaan. Akibat daripada perspektif dan amalan penaksiran karangan peserta kajian yang tidak dipengaruhi oleh ilmu empiris, wujud implikasi terhadap penglibatan murid dalam P&P,peranan guru sebagai individu pentaksir dan kedinamika kandungan pelajaran kemahiran menulis karangan.