Faktor peramal akan sikap guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah Selangor, Malaysia

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang pendidikan negara merupakan pemangkin dalam usaha kerajaan mewujudkan pendidikan bertaraf dunia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor kompetensi TMK, sokongan sekolah, akses kepada sumber, amalan TMK sekolah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Rohayati
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48754/1/FPP%202013%2062R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang pendidikan negara merupakan pemangkin dalam usaha kerajaan mewujudkan pendidikan bertaraf dunia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor kompetensi TMK, sokongan sekolah, akses kepada sumber, amalan TMK sekolah dan pengalaman mengajar dengan sikap guru terhadap penggunan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga akan meramal faktor yang mempengaruhi sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian secara tinjauan ini melibatkan seramai 331 orang guru Sains,Matematik dan Bahasa Inggeris di 27 buah sekolah menengah di Selangor. Responden dipilih berdasarkan teknik persampelan strata berkadar. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen oleh Flowers dan Algozzine (2000), Wong (2004) dan Albirini (2006). Data telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis regresi pelbagai Enter pula digunakan untuk melihat sumbangan dan peramal terbaik bagi sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan sikap guru yang mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran danpembelajaran adalah baik. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif yang kuat antara kompetensi TMK guru dengan sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Sementara itu terdapat hubungan signifikan positif yang sederhana antara sokongan sekolah, akses kepada sumber dan amalan TMK sekolah dengan sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Analisis juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan negatif yang lemah antara pengalaman mengajar dengan sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Analisis regresi pelbagai enter pula menunjukkan kompetensi TMK guru, sokongan sekolah dan amalan TMK sekolah merupakan penyumbang kepada sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Sementara itu, amalan TMK sekolah merupakan penyumbang yang kuat bagi menerangkan sikap guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan dapatan kajian ini, dicadangkan agar para gurumeningkatkan sikap dan kompetensi mereka untuk menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah pula perlu memberi sokongan kepada guru-guru untuk terus menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penekanan kepada amalan TMK di sekolah wajar diberi perhatian oleh pihak kementerian, jabatan pelajaran dan sekolah bagi memupuk dan menggalakkan sikap positif guru terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.