Tahap ketagihan internet dan hubungannya dengan pencapaian serta aktiviti akademik, pengurusan masa dan harga diri dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketagihan Internet dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) serta hubungannya dengan tujuan penggunaan Internet bagi aktiviti akademik, pengurusan masa, harga diri dan pencapaian akademik pelajar. Kajian juga dijalankan bagi mengenal pas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Hamid, Wan Hamzari
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48757/1/FPP%202013%2066R.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketagihan Internet dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) serta hubungannya dengan tujuan penggunaan Internet bagi aktiviti akademik, pengurusan masa, harga diri dan pencapaian akademik pelajar. Kajian juga dijalankan bagi mengenal pasti tahap ketagihan Internet mengikut gender dan purata masa penggunaan Internet. Populasi kajian adalah pelajar daripada pelbagai program Ijazah di UPM, kampus Serdang. Pensampelan berkelompok digunakan dengan populasi kajian dipecahkan kepada lima teras (Kejuruteraan, Pertanian, Sains Sosial, Sains dan Pertanian) yang terdiri daripada 1675 orang pelajar. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Pemilihan saiz sampel kajian ini adalah berdasarkan kaedah pensampelan berkelompok. Pembolehubah yang dikaji berserta nilai kebolehpercayaan adalah tahap ketagihan internet (α= 0.922), tujuan penggunaan internet bagi aktiviti akademik (α=0.866), pengurusan masa (α=0.795) dan harga diri (α=0.681). Dapatan kajian menunjukkan seramai 458 responden (27.3%) merupakan pengguna biasa internet dan seramai 943 responden (56.3%) berada pada tahap kedua ketagihan Internet. Dapatan kajian juga menunjukkan seramai 274 responden (16.4%) berada pada tahap ketagihan Internet yang tinggi. Daripada analisis kajian juga didapati seramai 156 orang responden lelaki (9.3%) dan seramai 118 responden perempuan (7.0%) berada pada tahap tinggi. Responden ratarata menghabiskan masa menggunakan Internet dari 5 hingga 9 jam sehari iaitu seramai 115 orang (42.0%) dan dari 0 hingga 4 jam sehari seramai 102 orang responden (37.2%). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan min ketagihan Internet antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan (p=0.000 <0.05) dengan pelajar lelaki secara signifikan akan mengalami ketagihan Internet berbanding pelajar perempuan. Kajian juga mendapati terdapatnya hubungan negatif antara ketagihan Internet dengan tujuan penggunaan Internet bagi aktiviti akademik (r = -0.042), pengurusan masa (r = -0.080), harga diri (r = -0.080) dan pencapaian akademik (CGPA) (r = -0.207). Kajian menunjukkan bahawa ketagihan Internet memberi implikasi negatif terhadap tujuan penggunaan Internet bagi aktiviti akademik, pengurusan masa, harga diri dan pencapaian akademik (CGPA) pelajar.