Kesalahan Bahasa dalam Karangan Murid Tamil Mempelajari Bahasa Melayu di Sekolah Menengah

Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan bagi menganalisis kesalahan bahasa dalam karangan murid Tamil mempelajari bahasa Melayu di sekolah menengah. Penyelidikan ditadbir ke atas sejumlah 53 orang murid Tingkatan Empat di empat buah sekolah menengah dalam daerah Kinta, Perak. Dalam penyelidikan in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: J. N. J. Money, Suthanthiradevi
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/501/1/549736_FBMK_2004_19.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan bagi menganalisis kesalahan bahasa dalam karangan murid Tamil mempelajari bahasa Melayu di sekolah menengah. Penyelidikan ditadbir ke atas sejumlah 53 orang murid Tingkatan Empat di empat buah sekolah menengah dalam daerah Kinta, Perak. Dalam penyelidikan ini, Teori Analisis Kesilapan digabungkan dengan Teori Bahasa Antara untuk menganalisis kesalahan bahasa Melayu dalam karangan murid Tamil. Dapatan penyelidikan diperoleh daripada penulisan karangan dan soal selidik yang dihasilkan oleh murid Tamil dalam kelas-kelas bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid Tamil melakukan kesalahan tatabahasa, iaitu aspek perkataan, frasa dan ayat. Dapatan membuktikan bahawa kesalahan penggunaan aspek perkataan yang paling banyak dilakukan oleh murid-murid yang menjadi sampel kajian ini. Ini diikuti oleh kesalahan penggunaan aspek frasa dan ayat. Kebanyakan struktur binaan ayat tersebut adalah terjemahan literal daripada struktur-struktur ayat bahasa Tamil. Bahasa antara seperti generalisasi melampau, pemudahan, dan penyangkalan turut mempengaruhi penulisan B2 murid Tamil, tetapi yang paling ketara ialah generalisasi melampau. Dalam penulisan BM, murid-murid Tamil hanya berada pada tahap Basilek dan Mesolek sahaja. Dengan ini penyelidik merumuskan bahawa lima proses bahasa antara memang mempengaruhi pembelajaran BM murid Tamil. Adalah terbukti bahawa murid Tamil masih lemah dalam penguasaan tatabahasa BM. Mereka masih belum menguasai Sistem Tatabahasa Bahasa Melayu. Cadangan-cadangan yang diajukan oleh penyelidik ialah mengadakan latihan-latihan struktur binaan ayat B2, memaksimumkan penggunaan B2 dalam bilik darjah, mengadakan pertandingan bahasa antara kumpulan dan aktiviti-aktiviti lisan. Guru-guru juga mestilah mempraktikkan hukum-hukum tatabahasa yang baku dalam pengajarannya. Adalah diharapkan supaya cadangan-cadangan yang dikemukakan dapat memperbaiki penguasaan tatabahasa yang dibuat oleh murid-murid Tamil dan meningkatkan tahap pencapaian kemahiran tatabahasa mereka dalam BM.