Beban tugas, kemahiran pengurusan bengkel dan tekanan kerja dalam kalangan guru kemahiran hidup bersepadu dalam Negeri Kedah

Tekanan kerja atau stres merupakan tekanan yang timbul hasil daripada kerja atau profesion seseorang. Implikasi daripada tekanan kerja boleh menjejaskan psikologi dan fisiologi seseorang. Guru yang mengalami tekanan kerja akan rendah dari segi kualiti kerja, dedikasi, motivasi, kreativiti, komitmen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shafie, Sharifah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50632/1/FPP%202014%2043RR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.50632
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Stress management
Work - Psychological aspects
Teachers - Kedah
spellingShingle Stress management
Work - Psychological aspects
Teachers - Kedah
Shafie, Sharifah
Beban tugas, kemahiran pengurusan bengkel dan tekanan kerja dalam kalangan guru kemahiran hidup bersepadu dalam Negeri Kedah
description Tekanan kerja atau stres merupakan tekanan yang timbul hasil daripada kerja atau profesion seseorang. Implikasi daripada tekanan kerja boleh menjejaskan psikologi dan fisiologi seseorang. Guru yang mengalami tekanan kerja akan rendah dari segi kualiti kerja, dedikasi, motivasi, kreativiti, komitmen terhadap tugas, ketrampilan, etika dan moral yang seterusnya akan menjejaskan kecemerlangan dan keberkesanan sesebuah sekolah dan memberi kesan buruk terhadap pencapaian pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tekanan kerja guru KHB, jumlah beban tugas guru dalam pengurusan bengkel dalam menjalankan tugas rasmi serta mengkaji tahap kemahiran guru dalam pengurusan bengkel. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti hubungan antara beban tugas dan kemahiran pengurusan bengkel dengan tekanan kerja dalam kalangan guru KHB. Kajian ini juga bertujuan membandingkan beban tugas dan kemahiran pengurusan bengkel dengan tekanan kerja guru. Responden terdiri daripada 284 orang guru yang mengajar mata pelajaran KHB di sekolah menengah di negeri Kedah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif secara tinjauan (survey) dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen tekanan kerja guru menggunakan Profesional Life Stress Scale (PLSS) oleh Fontana & Abouserie (1993) dan soal selidik Physiological and Psychological Symptoms oleh (Gmelch, 1982; Walt, 1987) yang telah diubahsuai oleh pengkaji sebelum ini (Anwar Faiz, 2011). Manakala instrumen kajian bagi bahagian beban tugas guru adalah menggunakan soal selidik (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007) dalam kajian Tugas dan Tanggungjawab Guru. Item bagi kemahiran pengurusan bengkel pula dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan (BPTV, 2007; Hassan et al., 1977; (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008)). Analisis deskriptif tahap tekanan kerja dalam kalangan guru KHB menunjukkan ianya berada di tahap sederhana (M=2.51, SP=.53). Dapatan juga menunjukkan purata jumlah beban tugas guru dalam melaksanakan tugas dalam empat aspek iaitu kurikulum, kewangan, pengurusan dan pentadbiran dan pembangunan fizikal sekolah ialah 47.86 jam seminggu. Tahap kemahiran guru dalam pengurusan bengkel pula berada pada tahap sederhana (M=3.47, SP=.62). Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan antara kemahiran pengurusan bengkel dengan tekanan kerja [r (284) = -.206, p<.01] tetapi tiada hubungan yang signifikan antara beban tugas keseluruhan dengan tekanan kerja [r (284) = .068, p>.05]. Beban tugas bagi aspek pengurusan dan pentadbiran [r (284) = .140, p<.05] serta kewangan [r (284) = .148, p<.05] menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dengan tekanan kerja dan kekuatan hubungan adalah kecil. Analisis perbezaan tahap beban tugas dengan tekanan kerja menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (F(2,281) = 1.525, p=.219) manakala analisis perbezaan tahap kemahiran pengurusan bengkel dengan tekanan kerja menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (F(2,281) = 4.026, p=.019). Daripada dapatan kajian ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa guru KHB terbeban dan tertekan dengan tugasan berkaitan pengurusan dan pentadbiran iaitu tugasan yang berkaitan dengan pengurusan bengkel. Di samping itu juga tahap kemahiran yang rendah dalam pengurusan bengkel juga telah menyebabkan mereka tertekan. Oleh itu, pihak pentadbir di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri serta Kementerian Pendidikan Malaysia diharapkan dapat memainkan peranan dalam membantu meningkatkan kemahiran guru KHB dalam pengurusan bengkel dengan menganjurkan kursus peningkatan profesionalisme pengurusan bengkel. Bagi meringankan beban guru KHB, Kementerian Pendidikan perlu menyediakan pembantu bengkel atau seorang pembantu tadbir bagi membantu guru KHB dalam menguruskan bengkel. Dengan adanya kerjasama dan keprihatinan daripada pelbagai pihak, tekanan kerja dapat dikurangkan dan guru-guru akan dalam melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Shafie, Sharifah
author_facet Shafie, Sharifah
author_sort Shafie, Sharifah
title Beban tugas, kemahiran pengurusan bengkel dan tekanan kerja dalam kalangan guru kemahiran hidup bersepadu dalam Negeri Kedah
title_short Beban tugas, kemahiran pengurusan bengkel dan tekanan kerja dalam kalangan guru kemahiran hidup bersepadu dalam Negeri Kedah
title_full Beban tugas, kemahiran pengurusan bengkel dan tekanan kerja dalam kalangan guru kemahiran hidup bersepadu dalam Negeri Kedah
title_fullStr Beban tugas, kemahiran pengurusan bengkel dan tekanan kerja dalam kalangan guru kemahiran hidup bersepadu dalam Negeri Kedah
title_full_unstemmed Beban tugas, kemahiran pengurusan bengkel dan tekanan kerja dalam kalangan guru kemahiran hidup bersepadu dalam Negeri Kedah
title_sort beban tugas, kemahiran pengurusan bengkel dan tekanan kerja dalam kalangan guru kemahiran hidup bersepadu dalam negeri kedah
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2014
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50632/1/FPP%202014%2043RR.pdf
_version_ 1747812045251674112
spelling my-upm-ir.506322017-05-19T04:36:29Z Beban tugas, kemahiran pengurusan bengkel dan tekanan kerja dalam kalangan guru kemahiran hidup bersepadu dalam Negeri Kedah 2014-08 Shafie, Sharifah Tekanan kerja atau stres merupakan tekanan yang timbul hasil daripada kerja atau profesion seseorang. Implikasi daripada tekanan kerja boleh menjejaskan psikologi dan fisiologi seseorang. Guru yang mengalami tekanan kerja akan rendah dari segi kualiti kerja, dedikasi, motivasi, kreativiti, komitmen terhadap tugas, ketrampilan, etika dan moral yang seterusnya akan menjejaskan kecemerlangan dan keberkesanan sesebuah sekolah dan memberi kesan buruk terhadap pencapaian pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tekanan kerja guru KHB, jumlah beban tugas guru dalam pengurusan bengkel dalam menjalankan tugas rasmi serta mengkaji tahap kemahiran guru dalam pengurusan bengkel. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti hubungan antara beban tugas dan kemahiran pengurusan bengkel dengan tekanan kerja dalam kalangan guru KHB. Kajian ini juga bertujuan membandingkan beban tugas dan kemahiran pengurusan bengkel dengan tekanan kerja guru. Responden terdiri daripada 284 orang guru yang mengajar mata pelajaran KHB di sekolah menengah di negeri Kedah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif secara tinjauan (survey) dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen tekanan kerja guru menggunakan Profesional Life Stress Scale (PLSS) oleh Fontana & Abouserie (1993) dan soal selidik Physiological and Psychological Symptoms oleh (Gmelch, 1982; Walt, 1987) yang telah diubahsuai oleh pengkaji sebelum ini (Anwar Faiz, 2011). Manakala instrumen kajian bagi bahagian beban tugas guru adalah menggunakan soal selidik (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007) dalam kajian Tugas dan Tanggungjawab Guru. Item bagi kemahiran pengurusan bengkel pula dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan (BPTV, 2007; Hassan et al., 1977; (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008)). Analisis deskriptif tahap tekanan kerja dalam kalangan guru KHB menunjukkan ianya berada di tahap sederhana (M=2.51, SP=.53). Dapatan juga menunjukkan purata jumlah beban tugas guru dalam melaksanakan tugas dalam empat aspek iaitu kurikulum, kewangan, pengurusan dan pentadbiran dan pembangunan fizikal sekolah ialah 47.86 jam seminggu. Tahap kemahiran guru dalam pengurusan bengkel pula berada pada tahap sederhana (M=3.47, SP=.62). Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan antara kemahiran pengurusan bengkel dengan tekanan kerja [r (284) = -.206, p<.01] tetapi tiada hubungan yang signifikan antara beban tugas keseluruhan dengan tekanan kerja [r (284) = .068, p>.05]. Beban tugas bagi aspek pengurusan dan pentadbiran [r (284) = .140, p<.05] serta kewangan [r (284) = .148, p<.05] menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dengan tekanan kerja dan kekuatan hubungan adalah kecil. Analisis perbezaan tahap beban tugas dengan tekanan kerja menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (F(2,281) = 1.525, p=.219) manakala analisis perbezaan tahap kemahiran pengurusan bengkel dengan tekanan kerja menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (F(2,281) = 4.026, p=.019). Daripada dapatan kajian ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa guru KHB terbeban dan tertekan dengan tugasan berkaitan pengurusan dan pentadbiran iaitu tugasan yang berkaitan dengan pengurusan bengkel. Di samping itu juga tahap kemahiran yang rendah dalam pengurusan bengkel juga telah menyebabkan mereka tertekan. Oleh itu, pihak pentadbir di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri serta Kementerian Pendidikan Malaysia diharapkan dapat memainkan peranan dalam membantu meningkatkan kemahiran guru KHB dalam pengurusan bengkel dengan menganjurkan kursus peningkatan profesionalisme pengurusan bengkel. Bagi meringankan beban guru KHB, Kementerian Pendidikan perlu menyediakan pembantu bengkel atau seorang pembantu tadbir bagi membantu guru KHB dalam menguruskan bengkel. Dengan adanya kerjasama dan keprihatinan daripada pelbagai pihak, tekanan kerja dapat dikurangkan dan guru-guru akan dalam melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab. Stress management Work - Psychological aspects Teachers - Kedah 2014-08 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50632/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50632/1/FPP%202014%2043RR.pdf application/pdf en public masters Universiti Putra Malaysia Stress management Work - Psychological aspects Teachers - Kedah