Nilai sosiobudaya Ramayana dalam cerpen-cerpen Tamil di Malaysia

Kajian ini bertujuan menganalisis Nilai Sosiobudaya Karya Sastera Ramayana dalam cerpen Tamil Terbitan Akhbar Tamil Nesan 2012. Walaupun banyak kajian yang berasaskan Ramayana dan cerpen Tamil Malaysia telah dijalankan sebelum ini, namun,kajian lalu ini diperlihatkan hanya menyentuh tema perbincanga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Krishnasamy, Kavri
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56952/1/FBMK%202015%2013RR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menganalisis Nilai Sosiobudaya Karya Sastera Ramayana dalam cerpen Tamil Terbitan Akhbar Tamil Nesan 2012. Walaupun banyak kajian yang berasaskan Ramayana dan cerpen Tamil Malaysia telah dijalankan sebelum ini, namun,kajian lalu ini diperlihatkan hanya menyentuh tema perbincangan sejarah perkembangan dan pemaparan watak dalam karya Ramayana dan cerpen sahaja. Lebihlebih lagi kajian lalu ini menyentuh tema perbincangan pada peringkat asas sahaja. Maka kajian semasa ini membuka peluang dalam dunia penulisan untuk meneliti pemaparan nilai sosiobudaya Ayoadhya Kanda Ramayana dalam cerpen Tamil Malaysia secara terperinci. Kajian ini berpusatkan kepada enam nilai sosiobudaya terpilih yang mendasari karya sastera Ramayana khasnya dalam Ayoadhya Kanda. Kajian ini bersifat mengenal pasti dan merekodkan nilai sosiobudaya Ramayana seterusnya membandingkan persamaan dan menganalisis perbezaan penerapan nilai sosiobudaya ini dalam cerpen terpilih. Cerpen yang dikaji terdiri daripada cerpencerpen yang diterbitkan dalam tempoh satu tahun. Sebanyak 53 cerpen Tamil terbitan Akhbar Tamil Nesan 2012 dipilih sebagai alat kajian utama. Kajian ini berpandukan kepada Teori Intertekstualiti Julia Kristeva. Kaedah kajian perpustakaan membantu pengkaji mendapatkan sumber maklumat kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan nilai sosiobudaya iaitu hubungan kekeluargaan, pentadbiran, persahabatan, budaya mengundang tetamu, khidmat masyarakat dan nilai kesederhanaan yang diperlihatkan dalam karya sastera Ramayana masih dipaparkan dalam cerpen Tamil Malaysia. Namun, ia turut memperlihatkan nilai yang menyimpangi adat dan budaya masyarakat seperti budaya materialistik, pendidikan, pembaziran, nilai pertuturan serta gejala sosial yang berleluasa dalam masyarakat kini. Penemuan kajian ini mendedahkan bahawa nilai sosiobudaya Ramayana amat kurang diterapkan dalam Cerpen Tamil Malaysia 2012. Pokok persoalan penulis cerpen 2012 lebih berfokus kepada masalah kepincangan sosial. Keseluruhan kajian ini menunjukkan pemaparan unsur Ramayana dalam cerpen Tamil Malaysia 2012 adalah terhad. Sehubungan dengan itu, peranan pengarang amat dititikberatkan agar penerapan nilai yang berunsur positif yang diutarakan dalam Ramayana dapat disalurkan kepada khalayak menerusi mata pena pengarang agar dapat melahirkan modal insan yang berbudi pekerti dan berakhlak mulia.