Kata ganti nama dan ungkapan santun dalam novel komsas terpilih
Kata ganti nama mengandungi kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Penggunaan kata ganti nama yang betul dan tepat akan memberi keselesaan kepada seseorang apabila diajak berbicara penutur. Pemilihan penggunaan kata ganti nama haruslah dilihat kepad...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57432/1/FBMK%202015%2020RR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kata ganti nama mengandungi kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Penggunaan kata ganti nama yang betul dan tepat akan memberi keselesaan kepada seseorang apabila diajak berbicara penutur. Pemilihan penggunaan kata ganti nama haruslah dilihat kepada status atau kedudukan antara pendengar dan penutur. Kesantunan merupakan kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Penggunaan bahasa yang mengandungi adab tertib, sopan santun merupakan nilai hormat yang tinggi. Justeru itu, objektif dalam kajian ini adalah mengenal pasti penggunaan kata ganti nama dan ungkapan santun dalam novel KOMSAS terpilih. Kedua, menghuraikan ganti nama dan ungkapan santun yang terdapat dalam novel KOMSAS menggunakan Teori Kesopanan Leech (1983). Manakala objektif ketiga adalah untuk merumus penggunaan kata ganti nama dan ungkapan santun dalam novel KOMSAS. Data kajian dikumpul dengan menggunakan empat buah novel KOMSAS tingkatan lima, iaitu Kembara Amira (2010), Konserto Terakhir (2012), Sutera Dalam Lukisan (2010) dan Kabus Di Perbukitan (2011). Teori Kesopanan Leech (1983) digunakan untuk menganalisis kesantunan yang terdapat dalam novel KOMSAS. Sebanyak 5238 data diperoleh daripada pembacaan keempat-empat novel KOMSAS terpilih. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat bentuk kata ganti nama pertama, kata ganti nama kedua dan kata ganti nama ketiga. Manakala ungkapan santun merangkumi penggunaan maaf, penggunaan kiasan dan pujian. Penggunaan gelaran merupakan dapatan kajian yang paling banyak yang terdapat pada penggunaan gelaran tuan. Selanjutnya, kajian yang dijalankan oleh pengkaji mendapati, melalui penggunaan kata ganti nama dan ungkapan santun memberikan hubungan mesra dan rasa hormat antara pendengar dan penutur ketika menggunakannya. Kesimpulannya, penggunaan kata ganti nama dan ungkapan santun boleh memberi kesan kepada pembaca khususnya kepada pelajar tingkatan lima seterusnya mempraktikkannya apabila telah menamatkan persekolahan. |
---|