Aspek leksikografi entri dialek Kelantan dalam kamus dewan edisi keempat

Dalam kepelbagaian dialek yang terdapat di Malaysia, kajian Dialek Melayu Kelantan banyak mendapat tempat di hati pengkaji dalam melakukan kajian. Walau bagaimanapun, kajian lepas yang mengkaji dialek Kelantan dalam bidang perkamusan belum mendapat sambutan. Namun begitu, sudah ada kamus dialek yang...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ahmad, Nurul Ain
格式: Thesis
語言:English
出版: 2015
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57451/1/FBMK%202015%2026RR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Dalam kepelbagaian dialek yang terdapat di Malaysia, kajian Dialek Melayu Kelantan banyak mendapat tempat di hati pengkaji dalam melakukan kajian. Walau bagaimanapun, kajian lepas yang mengkaji dialek Kelantan dalam bidang perkamusan belum mendapat sambutan. Namun begitu, sudah ada kamus dialek yang telah dihasilkan oleh Abdullah Al-Qari Bin Haji Salleh (1981) yang bertajuk “ Kamus Pertuturan Loghat Kelantan”. Dalam kajian ini, pengkaji menganalisis entri dialek Kelantan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Justeru, terdapat empat objektif dalam kajian ini. Objektif yang pertama adalah untuk mengenal pasti masalah ortografi,fonologi dan fonetik Dialek Kelantan dalam Kamus Dewan. Objektif kedua adalah untuk menjelaskan aspek morfologi dan sintaksis dialek Kelantan. Objektif ketiga adalah untuk menganalisis perbezaan makna entri yang sama antara Dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Baku. Objektif keempat adalah untuk menyusun kamus dialek Kelantan mengikut teori model Ibrahim Ahmad (2005). Dalam kajian ini pengkaji mengaplikasikan prinsip-prinsip leksikografi yang dinyatakan oleh Ibrahim Ahmad (2005) untuk menangani persoalan penyediaan kamus dan pentafsiran makna dalam kajian ini. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah lapangan dan kaedah kepustakaan. Pengkaji juga menggunakan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) sebagai bahan kajian dalam pengumpulan data dalam kajian ini. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa terdapat 1047 entri perkataan dialek Kelantan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Kajian ini juga menunjukkan bahawa bidang leksikografi merangkumi semua bidang lain termasuk ortografi, fonologi, fonetik, morfologi, sintaksis dan semantik.