Penguasaan lisan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar prauniversiti

Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu di Malaysia. Bahasa Melayu berperanan penting untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan etnik. Status dan martabat bahasa Melayu harus dipelihara oleh semua warga Malaysia. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia harus tel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Isa, Siti Zamrah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57469/1/FBMK%202015%2030RR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu di Malaysia. Bahasa Melayu berperanan penting untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan etnik. Status dan martabat bahasa Melayu harus dipelihara oleh semua warga Malaysia. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia harus telah menguasai bahasa Melayu dengan baik. Kebiasaannya, tahap penguasaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia diukur dan diuji berdasarkan ujian lisan dan peperiksaan. Oleh hal yang demikian, satu kajian untuk membincangkan tahap penguasaan lisan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar prauniversiti dalam situasi rasmi, khususnya semasa aktiviti pembentangan dalam kelas telah diusahakan. Kajian ini juga bertujuan untuk menghuraikan aspek bahasa yang digunakan dalam pertuturan lisan pelajar prauniversiti dan menganalisis punca masalah dalam penguasaan kemahiran lisan pelajar prauniversiti. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang menggunakan pendekatan tinjauan, selain kaedah kepustakaan. Data kajian diperoleh melalui pemerhatian yang dibuat melalui rakaman audio visual semasa pelajar menjalani aktiviti pembentangan di dalam kelas. Data juga diperoleh melalui soal selidik dan juga temu bual. Responden kajian terdiri daripada seratus sepuluh pelajar tingkatan enam di sebuah sekolah di daerah Jempol, Negeri Sembilan. Data kajian dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif dengan berbantukan perisian Atlas.Ti versi 7 dan perisian SPSS versi 21. Data mentah kajian yang diperoleh melalui pemerhatian, soal selidik dan temu bual adalah untuk menentukan tahap penguasaan dan aspek bahasa lisan mereka yang dianalisis menggunakan teori Etnografi Komunikasi Dell Hymes (1972) yang memberikan fokus terhadap nilai perlakuan pertuturan dalam pelbagai masyarakat serta berusaha meneroka cara yang dapat melihat nilai tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa 61.8% pelajar prauniversiti di lokasi kajian mempunyai tahap penguasaan lisan yang memuaskan. Namun begitu, beberapa orang pelajar dapat menggunakan bahasa yang sesuai dalam situasi rasmi dalam pembentangan mereka di dalam kelas. Aspek bahasa yang digunakan dalam pertuturan mereka juga masih boleh diperbaiki dan dipertingkatkan. Terdapat juga unsur bahasa kolokial yang digunakan oleh pelajar dalam pertuturan mereka. Kajian juga mendapati bahawa masalah penguasaan lisan berpunca daripada sikap malu untuk bertutur secara spontan dalam bahasa Melayu, iaitu sebanyak 44.8%. Pelajar juga menghadapi masalah dalam penguasaan aspek bahasa seperti perbendaharaan kata yang lemah iaitu sebanyak 28.4% dan beberapa elemen negatif seperti malu, kurang keyakinan diri dan tidak bersedia menyebabkan penguasaan lisan bahasa Melayu pelajar ini masih tidak mencapai tahap yang membanggakan, khususnya apabila digunakan dalam konteks rasmi.