Penterjemahan kata nama khas tempat dalam buku pengembaraan Ibn Battutah
Pembaca teks sejarah Islam sering menemui dua atau lebih versi ejaan perkataan untuk nama tempat yang sama seperti Mekah atau Makkah; Damsyik, Damsyiq atau Dimasyq; Ghazzah atau Gaza; Antakiah atau Antaqiah; Transoxiana atau Ma Wara‟ al-Nahr serta banyak lagi. Ejaan-ejaan yang berbagai untuk satu ka...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57878/1/FBMK%202015%2053RR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembaca teks sejarah Islam sering menemui dua atau lebih versi ejaan perkataan untuk nama tempat yang sama seperti Mekah atau Makkah; Damsyik, Damsyiq atau Dimasyq; Ghazzah atau Gaza; Antakiah atau Antaqiah; Transoxiana atau Ma Wara‟ al-Nahr serta banyak lagi. Ejaan-ejaan yang berbagai untuk satu kata nama ini bukan semata-mata menyebabkan kekeliruan dan kecelaruan kepada pengguna bahasa Melayu, malah mereka tidak mengetahui yang manakah ejaan Kata nama khas tempat (KNKT) yang standard. Oleh itu, kajian ini cuba membincangkan KNKT BA sejarah
Islam dan padanan BM Rumi serta strategi terjemahannya. Di samping itu, kajian ini turut meneliti rekod penggunaan KNKT oleh pengguna bahasa Melayu. Objektif kajian ini menganalisis dan menilai terjemahan KNKT dalam BM Rumi, seterusnya merumus strategi penterjemahan KNKT tersebut. Kajian tesis ini adalah berbentuk kajian
kualitatif melalui kaedah analisis dokumen. Data kajian sebanyak 250 KNKT BA dikenal pasti daripada kitab Rihlat Ibn Battutah (RIB) dan padanan terjemahan BM Rumi daripada buku Pengembaraan Ibnu Battutah (PIB) oleh Syed Nurul Akla Syed Abdullah dan Adi Setia Mohd. Dom. Selain itu, data turut diambil daripada web Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (KDBP) untuk meneliti rekod penggunaan setiap
KNKT dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Data daripada kitab Muʻjam al-Buldan turut diambil untuk menilai ketepatan sebutan (bunyi) asal Arab. Data tersebut
akan dibincangkan dan dianalisis dengan menggunakan dua teori yang dipilih secara elektik, iaitu panduan terjemahan proper names oleh James Dickins, Sandor Hervey,dan Ian Higgins serta prinsip-prinsip bahasa oleh Za‟ba bagi menghasilkan kajian secara tuntas. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan KNKT BM Rumi
masih kurang dan penggunaan atau ejaan yang direkodkan adalah pelbagai ragam. Penterjemah RIB dalam menterjemah KNKT cenderung menggunakan strategi tahap pinjaman budaya (cultural borrowing) dengan meniru sebutan (bunyi) bahasa asal Arabnya. Penterjemah memilih untuk menggunakan transliterasi pendekatan ad hoc (ad hoc approach) iaitu teknik ejaan tanpa menggunakan lambang-lambang diakritik. |
---|