Strategi komunikasi Bahasa Jepun dalam konteks antara budaya semasa sesi lawatan pemanduan pelancongan di Malaysia

Kajian ini merupakan suatu penelitian terhadap komunikasi antara budaya dalam pelancongan. Konteks komunikasi antara budaya yang dirujuk dalam kajian ini ialah bahasa Jepun (BJ) dan budaya Jepun antara pemandu pelancong (TG) Malaysia berbahasa Jepun dengan pelancong Jepun (PJ) di sepanjang sesi lawa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rashid, Roswati
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57879/1/FBMK%202015%2052RR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.57879
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Japanese language
Spoken Japanese - Oral communication

spellingShingle Japanese language
Spoken Japanese - Oral communication

Abdul Rashid, Roswati
Strategi komunikasi Bahasa Jepun dalam konteks antara budaya semasa sesi lawatan pemanduan pelancongan di Malaysia
description Kajian ini merupakan suatu penelitian terhadap komunikasi antara budaya dalam pelancongan. Konteks komunikasi antara budaya yang dirujuk dalam kajian ini ialah bahasa Jepun (BJ) dan budaya Jepun antara pemandu pelancong (TG) Malaysia berbahasa Jepun dengan pelancong Jepun (PJ) di sepanjang sesi lawatan pemanduan pelancongan (SLPP). Kajian ini penting untuk memberikan satu rumusan tentang penguasaan komunikasi antara budaya TG Malaysia berBJ dari aspek pengaplikasian strategi yang mendasari komunikasi tersebut. Kepincangan penguasaan kemahiran antara budaya telah dikenal pasti akibat daripada kegagalan TG menguasai budaya negara hos dan pelancong. Walhal adalah satu keperluan bagi seseorang TG mempunyai kemahiran berkomunikasi antara budaya demi mencapai komunikasi yang efektif dan penyaluran maklumat adalah tepat yang bakal membentuk pengalaman pelancong terhadap destinasi yang dilawati. Secara khususnya kajian ini menjawab tiga persoalan kajian iaitu, 1) apakah strategi dalam komunikasi antara budaya di sepanjang SLPP diaplikasikan oleh TG Malaysia berBJ?, 2) apakah elemen yang mendasari pengaplikasian strategi oleh TG Malaysia berBJ dalam komunikasi antara budaya di sepanjang SLPP?, dan 3) apakah strategi negatif yang cenderung ke arah tercetusnya konflik semasa komunikasi antara budaya berlangsung di sepanjang SLPP? Kajian yang berorientasikan pendekatan kualitatif ini menggunakan kaedah rakaman audio,video dan catatan pemerhatian. Sebanyak tiga SLPP di sekitar KL digunakan sebagai kajian rintis manakala lima SLPP di sekitar bandar Melaka digunakan sebagai kajian sebenar. Responden kajian terdiri daripada lima orang TG Malaysia berBJ dan 17 orang PJ. Analisis melibatkan penekanan pengaplikasian strategi oleh TG di sepanjang SLPP secara kualitatif dan dipersembahkan dalam bentuk statistik mudah. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan terdapat 20 substrategi dari lima strategi utama telah diaplikasikan oleh para TG. 10 substrategi daripadanya adalah lima strategi utama yang menyokong teori Strategi dalam Komunikasi Antara Budaya SLPP (Huang, 2011a). Manakala 10 yang selebihnya merupakan substrategi baharu yang ditemui diaplikasikan oleh para TG berdasarkan faktor budaya masyarakat pelancong PJ dan penguasaan TG Malaysia berBJ. Substrategi memberi pendapat dikenal pasti strategi yang paling efektif terhadap kelancaran komunikasi antara budaya SLPP Faktor yang mendasari pengaplikasian substrategi ini ialah tempoh pengalaman seseorang TG dalam kariernya sebagai pemandu pelancong, penguasaan pengetahuan destinasi pelancongan dan latar belakang bangsa serta agama seseorang TG memainkan peranan yang penting. Dua substrategi yang diaplikasikan oleh TG iaitu strategi percampuran kod dan pengalihan kod dikenal pasti cenderung ke arah tercetusnya konflik di mana timbulnya situasi yang telah mencetuskan percanggahan dari segi nilai budaya, etika, mengancam air muka dan menjejaskan tahap kepuasan para PJ akibat daripada pertembungan budaya semasa SLPP. Dapatan kajian turut membuktikan bahawa unit bahasa, iaitu pencelahan turut dikenal pasti cenderung ke arah tercetusnya konflik. Manakala sebaliknya dengan elemen ketidaksantunan BJ dibuktikan tidak menjejaskan interaksi TG dan PJ di sepanjang SLPP. Keseluruhan kajian menyimpulkan bahawa pengendalian SLPP kepada PJ memerlukan TG Malaysia berBJ mengaplikasikan strategi tambahan yang khusus berbanding dengan yang terdapat pada kerangka teori Strategi dalam Komunikasi Antara Budaya (Huang, 2011a). Ini menunjukkan kerangka teori Huang (2011a) yang berasaskan penggunaan BI sebagai medium di sepanjang SLPP kepada pelancong antarabangsa yang berkunjung ke Yunnan, China berbeza pendekatan strateginya berbanding dengan penggunaan BJ sebagai medium terhadap PJ. Dengan lahirnya satu set strategi untuk menangani masalah dan mewujudkan komunikasi yang berkesan ini diharapkan penguasaan komunikasi antara budaya para TG akan lebih efisien dan berketrampilan.
format Thesis
qualification_name Doctor of Philosophy (PhD.)
qualification_level Doctorate
author Abdul Rashid, Roswati
author_facet Abdul Rashid, Roswati
author_sort Abdul Rashid, Roswati
title Strategi komunikasi Bahasa Jepun dalam konteks antara budaya semasa sesi lawatan pemanduan pelancongan di Malaysia
title_short Strategi komunikasi Bahasa Jepun dalam konteks antara budaya semasa sesi lawatan pemanduan pelancongan di Malaysia
title_full Strategi komunikasi Bahasa Jepun dalam konteks antara budaya semasa sesi lawatan pemanduan pelancongan di Malaysia
title_fullStr Strategi komunikasi Bahasa Jepun dalam konteks antara budaya semasa sesi lawatan pemanduan pelancongan di Malaysia
title_full_unstemmed Strategi komunikasi Bahasa Jepun dalam konteks antara budaya semasa sesi lawatan pemanduan pelancongan di Malaysia
title_sort strategi komunikasi bahasa jepun dalam konteks antara budaya semasa sesi lawatan pemanduan pelancongan di malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2015
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57879/1/FBMK%202015%2052RR.pdf
_version_ 1747812188124348416
spelling my-upm-ir.578792017-11-02T08:16:51Z Strategi komunikasi Bahasa Jepun dalam konteks antara budaya semasa sesi lawatan pemanduan pelancongan di Malaysia 2015-08 Abdul Rashid, Roswati Kajian ini merupakan suatu penelitian terhadap komunikasi antara budaya dalam pelancongan. Konteks komunikasi antara budaya yang dirujuk dalam kajian ini ialah bahasa Jepun (BJ) dan budaya Jepun antara pemandu pelancong (TG) Malaysia berbahasa Jepun dengan pelancong Jepun (PJ) di sepanjang sesi lawatan pemanduan pelancongan (SLPP). Kajian ini penting untuk memberikan satu rumusan tentang penguasaan komunikasi antara budaya TG Malaysia berBJ dari aspek pengaplikasian strategi yang mendasari komunikasi tersebut. Kepincangan penguasaan kemahiran antara budaya telah dikenal pasti akibat daripada kegagalan TG menguasai budaya negara hos dan pelancong. Walhal adalah satu keperluan bagi seseorang TG mempunyai kemahiran berkomunikasi antara budaya demi mencapai komunikasi yang efektif dan penyaluran maklumat adalah tepat yang bakal membentuk pengalaman pelancong terhadap destinasi yang dilawati. Secara khususnya kajian ini menjawab tiga persoalan kajian iaitu, 1) apakah strategi dalam komunikasi antara budaya di sepanjang SLPP diaplikasikan oleh TG Malaysia berBJ?, 2) apakah elemen yang mendasari pengaplikasian strategi oleh TG Malaysia berBJ dalam komunikasi antara budaya di sepanjang SLPP?, dan 3) apakah strategi negatif yang cenderung ke arah tercetusnya konflik semasa komunikasi antara budaya berlangsung di sepanjang SLPP? Kajian yang berorientasikan pendekatan kualitatif ini menggunakan kaedah rakaman audio,video dan catatan pemerhatian. Sebanyak tiga SLPP di sekitar KL digunakan sebagai kajian rintis manakala lima SLPP di sekitar bandar Melaka digunakan sebagai kajian sebenar. Responden kajian terdiri daripada lima orang TG Malaysia berBJ dan 17 orang PJ. Analisis melibatkan penekanan pengaplikasian strategi oleh TG di sepanjang SLPP secara kualitatif dan dipersembahkan dalam bentuk statistik mudah. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan terdapat 20 substrategi dari lima strategi utama telah diaplikasikan oleh para TG. 10 substrategi daripadanya adalah lima strategi utama yang menyokong teori Strategi dalam Komunikasi Antara Budaya SLPP (Huang, 2011a). Manakala 10 yang selebihnya merupakan substrategi baharu yang ditemui diaplikasikan oleh para TG berdasarkan faktor budaya masyarakat pelancong PJ dan penguasaan TG Malaysia berBJ. Substrategi memberi pendapat dikenal pasti strategi yang paling efektif terhadap kelancaran komunikasi antara budaya SLPP Faktor yang mendasari pengaplikasian substrategi ini ialah tempoh pengalaman seseorang TG dalam kariernya sebagai pemandu pelancong, penguasaan pengetahuan destinasi pelancongan dan latar belakang bangsa serta agama seseorang TG memainkan peranan yang penting. Dua substrategi yang diaplikasikan oleh TG iaitu strategi percampuran kod dan pengalihan kod dikenal pasti cenderung ke arah tercetusnya konflik di mana timbulnya situasi yang telah mencetuskan percanggahan dari segi nilai budaya, etika, mengancam air muka dan menjejaskan tahap kepuasan para PJ akibat daripada pertembungan budaya semasa SLPP. Dapatan kajian turut membuktikan bahawa unit bahasa, iaitu pencelahan turut dikenal pasti cenderung ke arah tercetusnya konflik. Manakala sebaliknya dengan elemen ketidaksantunan BJ dibuktikan tidak menjejaskan interaksi TG dan PJ di sepanjang SLPP. Keseluruhan kajian menyimpulkan bahawa pengendalian SLPP kepada PJ memerlukan TG Malaysia berBJ mengaplikasikan strategi tambahan yang khusus berbanding dengan yang terdapat pada kerangka teori Strategi dalam Komunikasi Antara Budaya (Huang, 2011a). Ini menunjukkan kerangka teori Huang (2011a) yang berasaskan penggunaan BI sebagai medium di sepanjang SLPP kepada pelancong antarabangsa yang berkunjung ke Yunnan, China berbeza pendekatan strateginya berbanding dengan penggunaan BJ sebagai medium terhadap PJ. Dengan lahirnya satu set strategi untuk menangani masalah dan mewujudkan komunikasi yang berkesan ini diharapkan penguasaan komunikasi antara budaya para TG akan lebih efisien dan berketrampilan. Japanese language Spoken Japanese - Oral communication 2015-08 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57879/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57879/1/FBMK%202015%2052RR.pdf application/pdf en public phd doctoral Universiti Putra Malaysia Japanese language Spoken Japanese - Oral communication