Adaptasi sistem silabik irama untuk instruksi asas trumpet dalam konteks pembelajaran bersepadu

Instruksi asas trumpet melibatkan pelbagai kemahiran dan kemuzikan yang lazimnya dilaksanakan secara berasingan. Hasil daripada pembelajaran sedemikian, pelajar di peringkat asas kurang dapat memahami dan merasai kesinambungan di antara beberapa kemahiran yang dipelajari berasingan. Gejala yang seri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khor, Aik Keong
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58234/1/FEM%202015%2018IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Instruksi asas trumpet melibatkan pelbagai kemahiran dan kemuzikan yang lazimnya dilaksanakan secara berasingan. Hasil daripada pembelajaran sedemikian, pelajar di peringkat asas kurang dapat memahami dan merasai kesinambungan di antara beberapa kemahiran yang dipelajari berasingan. Gejala yang sering diperhatikan termasuk permainan corak irama yang kurang tepat, penghasilan artikulasi yang kurang jelas, di samping permainan muzik yang tidak menepati tempo. Sebagai usaha mewujudkan pendekatan yang holistik dalam instruksi trumpet, kajian ini menerokai potensi pendekatan sistem silabik irama,yang secara konvensionalnya hanya menumpukan sumbangan pada pembelajaran irama, sebagai satu cara yang bersepadu untuk instruksi asas trumpet, dalam konteks ketepatan irama, kejelasan artikulasi, dan kestabilan detik. Objektif kajian ini ialah melihat keberkesanan penggunaan sistem silabik irama terhadap penguasaan ketepatan irama, kejelasan artikulasi, dan kestabilan detik. Ia juga melihat keberkesanan sistem silabik irama terhadap penguasaan kemahiran-kemahiran tersebut secara bersepadu. Sembilan puluh responden (N=90) diagihkan secara rawak kepada tiga kumpulan, dengan setiap kumpulan tiga puluh responden (n=30). Intervensi menggunakan pendekatan yang berbeza terhadap kandungan pengajaran yang sama, dilaksanakan selama lima minggu. Pendekatan konvensional pembelajaran irama yang menggunakan sistem 1e&a’dijadikan kumpulan kawalan, pendekatan sistem silabik Kodaly dijadikan kumpulan rawatan 1, manakala sistem silabik yang diadaptasi sebagai kumpulan rawatan 2. Ujian pra dan ujian pasca dijalankan sebelum dan selepas intervensi bagi menguji terhadap tahap penguasaan tiga variabel bersandar, iaitu ketepatan irama, kejelasan artikulasi, dan kestabilan detik. Analisis kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan ketepatan irama, kejelasan artikulasi, dan kestabilan detik antara ketiga-tiga kumpulan eksperimen selepas intervensi. Kumpulan yang menggunakan pendekatan sistem silabik irama yang diadaptasi mencatat peningkatan yang paling tinggi bagi penguasaan ketiga-tiga kemahiran tersebut. Tambahan pula kumpulan sistem silabik ini juga menunjukkan keberkesanan terhadap penguasaan kemahiran-kemahiran tersebut secara bersepadu. Dapatan analisis menunjukkan terdapat perbezaan secara signifikan pada level p<.05 pada skor komposit bagi ketiga-tiga kumpulan [F(2, 87)=833.83, p=.000]. Nilai statistik eta berganda (.95) menunjukkan kesan saiz yang besar. Kumpulan sistem silabik yang diadaptasi mencatat skor min yang paling tinggi (M=143.07, SP=7.139),diikuti dengan kumpulan sistem silabik irama Kodaly (M=89.43, SP=4.569) dan kumpulan kawalan (M=77.70, SP=7.698). Sistem silabik irama yang diadaptasi telah melanjutkan fungsi sebutan silabik irama sedia ada, dan menjadikan ia lebih menyeluruh dalam konteks pengajaran instrumental. Konsonan dan vowel yang diaplikasikan telah menjadikannya berupaya membantu dalam penguasaan penglidahan dan merasai kitaran setiap detik, sekaligus. Dapatan kajian menunjukkan sistem tersebut yang berdasarkan model sarang Fogarty mampu melaksanakan kesepaduan dalam pembelajaran dan menjadikan instruksi asas tumpet lebih efisien.