Stail Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing dikalangan Pelajar Luar Negara

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti stail pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing dalam kalangan pelajar luar negara. la dijalankan ke atas sejumlah 82 orang pelajar asing yang mengikuti kelas Bahasa Melayu Asas 1 di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Dapatan kajian diperoleh daripa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mansor, Marzalina
Format: Thesis
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5832/1/FBMK_2004_7%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti stail pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing dalam kalangan pelajar luar negara. la dijalankan ke atas sejumlah 82 orang pelajar asing yang mengikuti kelas Bahasa Melayu Asas 1 di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Dapatan kajian diperoleh daripada borang soal selidik yang diedarkan serta melalui analisis markah pelajar. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik kekerapan dan peratusan serta ujian-t. Keputusan kajian menunjukkan bahawa stail pembelajaran bahasa Melayu yang dominan diamalkan oleh pelajar-pelajar asing adalah stail pembelajaran berasaskan elemen psikologi, iaitu pembelajaran reflektif. Didapati pelajar-pelajar asing berbangsa Arab lebih dominan kepada stail pembelajaran bahasa Melayu dengan elemen psikologi berbanding pelajar-pelajar asing Bangladesh dan Vietnam yang dominan dengan elemen sosiologi. Sementara pelajar-pelajar asing Ethopian serta beberapa bangsa lain pula lebih dominan kepada stail pembelajaran berasaskan elemen persekitaran. Kajian juga membuktikan terdapatnya perbezaan dalam stail pembelajaran bahasa Melayu antara pelajar asing lelaki dan perempuan. Pada peringkat pengajian, didapati pelajar-pelajar asing pada peringkat ljazah dan Doktor Falsafah dominan kepada stail pembelajaran bahasa Melayu berasaskan dimensi sosiologi. Sementara bagi peringkat Sarjana, golongan ini dominan kepada stail pembelajaran berasaskan elemen persekitaran. Stail pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di Fakulti Kejuruteraan, Sains Komputer, dan Sains Alam Sekitar dominan kepada stail pembelajaran berasaskan elemen persekitaran. Pelajar-pelajar asing di Fakulti Pertanian serta beberapa fakulti lain pula lebih dominan kepada stail pembelajaran berasaskan elemen sosiologi. Dari segi umur, dapatan kajian membuktikan terdapatnya perbezaan dalam stail pembelajaran bahasa Melayu antara pelajar-pelajar asing pada peringkat umur 20-30, 31-40, dan 41-50 tahun. Seterusnya, kajian membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian bahasa Melayu antara pelajar asing lelaki dan perempuan. Cadangan yang diajukan ialah supaya semua pihak yang bertanggungjawab mengambil inisiatif seperti menyediakan modul pembelajaran bahasa Melayu yang sesuai kepada pelajar asing supaya mereka mampu menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik.