Interprestasi Pemikiran dan Penggunaan Pengukapan dalam sajak-sajak Dewan Sastera

Kajian ini dilakukan untuk melihat pemikiran dan teknik pengungkapan sajak-sajak dalam Dewan Sastera di sekitar tahun 1971 hingga 1999. Dalam menganalisis sajaksajak yang dijadikan bahan kajian, peneliti menggunakan dua pendekatan iaitu pendekatan sosiologi sastera dan pendekatan stilistik. Objekti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sujud, Arbaie
Format: Thesis
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5834/1/FBMK_2004_9%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk melihat pemikiran dan teknik pengungkapan sajak-sajak dalam Dewan Sastera di sekitar tahun 1971 hingga 1999. Dalam menganalisis sajaksajak yang dijadikan bahan kajian, peneliti menggunakan dua pendekatan iaitu pendekatan sosiologi sastera dan pendekatan stilistik. Objektif kajian ini adalah untuk melihat aspek pemikiran dan teknik pengungkapan, sajak-sajak dalam Dewan Sastera. Kajian terhadap aspek pemikiran diturnpukan kepada tiga aspek iaitu tentang sosiobudaya, sosiopolitik dan sosioekonomi. Penganalisisan terhadap sajak-sajak yang dikaji berhubung pemikiran sosiobudaya meliputi aspek moral, kepercayaan, pendidikan, penghargaan dan penghormatan serta sikap dan pandangan hidup. Dalam sosioekonomi pula, persoalan yang dikemukakan berhubung dengan kemiskinan dan penindasan, kesamarataan hak, dan pembangunan. Sementara, pemikiran yang berkaitan dengan sosiopolitik pula berkaitan dengan persoalan pemimpin dan kepemimpinan, nasionalisme dan patriotisme serta peperangan dan perdamaian. Penganalisisan terhadap aspek pemikiran menunjukkan bahawa, pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam sajak mereka sama ada berhubung dengan sosiobudaya, sosiopolitik dan sosioekonomi mempunyai kaitan dengan isu-isu, fenomena-fenomena atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di persekitaran mereka. Justeru, dalarn sajak yang dikaji wujud persamaan pemikiran antara penyair dalarn dekad kajian. Hal ini kerana sumber dan latar yang diperoleh atau yang menjadi rujukan penyair adalah hampir sarna. Kajian berhubung dengan teknik pengungkapan pula, difokuskan kepada empat teknik. Teknik tersebut ialah teknik perulangan, teknik penyimpangan, teknik tuturan dan teknik penceritaan. Penerapan teknik-teknik tersebut bukanlah dilakukan pada keseluruhan sajak tetapi hanya pada bahagian-bahagian atau keadaan tertentu sahaja. Ini bermakna, penggunaan sesuatu teknik itu tidaklah bersifat terpisah sebaliknya penerapannya dilakukan secara gabungan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa penerapan teknik sama ada secara tersendiri atau gabungan, telah menghasilkan bentuk luaran sesebuah sajak. Bentuk luaran atau visual yang dapat dilihat ialah bentuk terikat, bentuk bebas dan juga bentuk konkrit. Bentuk visual ini dapat dilihat melalui binaan baris atau rangkap yang dihasilkan dalam sajak.