Pola Penggunaan Perkhidmatan Pesanan Ringkas Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi
Perkembangan telefon selular meningkat dari sehari ke sehari. Masyarakat menerima kehadiran alat canggih ini sebagai alat perhubungan yang berkesan. Buat masa sekarang, perkhidmatan ini bukan sahaja digunakan untuk membuat panggilan suara sebaliknya pengguna menghadapi satu lagi fenomena barn iaitu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5839/1/FBMK_2004_12%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perkembangan telefon selular meningkat dari sehari ke sehari. Masyarakat menerima kehadiran alat canggih ini sebagai alat perhubungan yang berkesan. Buat masa sekarang,
perkhidmatan ini bukan sahaja digunakan untuk membuat panggilan suara sebaliknya pengguna menghadapi satu lagi fenomena barn iaitu kemunculan khidmat pesanan
ringkas atau 'Short Message Service' (SMS). Penggunaan perkhidmatan SMS adalah mudah, selesa, cepat dan interaktif, mempermudahkan lagi seseorang itu berkomunikasi
pada kos yang menjimatkan. Ia boleh digunakan dalam pelbagai situasi supaya dapat melancarkan segala urusan kehidupan harian seseorang. Sehingga tahun 2003, sebanyak
6.1 juta transaksi mesej diterima daripada rangkaian perkhidmatan di Malaysia. Generasi muda adalah pengguna yang paling aktif menggunakan SMS. Ini memberi
ruang dm kebebasan kepada mereka untuk berkongsi pelbagai maklumat dan membina rangkaian sosial dengan masyarakat luar. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengenal
. . 11 pasti tujuan penggunaan dan topik interaksi sosial SMS. Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan bertujuan. Responden kajian ini mestilah
menggunakan telefon selular dan SMS. Kaedah soal selidik dilakukan untuk mendapatkan data daripada 400 responden di Universiti Putra Malaysia (200 pelajar) dan
Universiti Multimedia (200 pelajar). Data yang diperolehi seterusnya dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS for Windows versi 9.0. Statistik deskriptif digunakan untuk
menerangkan fiekuensi, peratusan, purata dan sisihan piawai.
Hasil kajian secara umumnya mendapati penggunaan SMS di kalangan responden adalah
untuk berinteraksi sosid dan perhubungan. Kebanyakan topik interaksi sosial dalarn SMS
terturnpu kepada interaksi pelajaran dan hubungan dengan kenalan rapat.
Perkembangan teknologi SMS mempenganh kehidupan pelajar kerana mereka
menggunakan SMS untuk m a n pembelajaran di kampus. Tambahan pula, aplikasi
perkhldmatan SMS dalam telefon selular secara tidak langsung membentuk interaksi
sosial pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mesej SMS boleh dihantar merentasi
jarak dan waktu untuk mengekalkan perhubungan. Malah, penggunaanya memberikan
keselesaan dan kemudahan untuk berinteraksi dengan sesiapa sahaja di samping memiliki
ramai kawan. Kewujudan penggunaan bahasa ringkas, mesej bergambar dan simbol
emotikon dalam SMS dapat meluahkan perasaan dan emosi seseorang. Hasil kajian juga
membuktikan bahawa penggunaan SMS meluaskan pergaulan sosial dengan masyarakat
dunia luar. Selain itu, penggunaan SMS menghdangkan kesepian ketika berinteraksi
dengan kenalan dan mengubah rutin kehidupan pelajar. Di samping itu, kajian mendapati
majoriti pelajar menyatakan bahawa ruang penyimpanan 'inbox' mesej yang terhad dan
mutu rangkaian perkhidmatan yang h a n g memuaskan merupakan antara masalah atau
halangan penggunaan SMS.
Penggunaan SMS secara tidak langsung telah membentuk interaksi kepelbagaian mesej
dan penjalinan hubungan. Perkhldmatari ini membenarkan inQvidu berinteraksi
merentasi jar& dm waktu walaupun be rjauhan. Penggunaannya juga dapat meluaskan
pergaulan sosial rernaja. Apa yang penting penggunaannya hams dikawal dan
memastikan ia ke arah kebaikan kepada pengguna. |
---|