Gaya Bahasa Dalam Novel Remaja Khairuddin Ayip

Kajian ini berdasarkan analisis, perbincangan dan penilaian gaya bahasa dalam novel remaja Khairuddin Ayip iaitu Guruku Ibuku Jua, Bukan Untukku, Songket Berbenang Emas, Sayangnya Jauh Di Kota, Jalan Masih Berliku dan Teguh. Kajian dijalankan melalui kaedah penyelidikan kepustakaan untuk mendapat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Su, Mohd Azhar
Format: Thesis
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5867/1/FBMK_2005_10%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini berdasarkan analisis, perbincangan dan penilaian gaya bahasa dalam novel remaja Khairuddin Ayip iaitu Guruku Ibuku Jua, Bukan Untukku, Songket Berbenang Emas, Sayangnya Jauh Di Kota, Jalan Masih Berliku dan Teguh. Kajian dijalankan melalui kaedah penyelidikan kepustakaan untuk mendapat bahan, maklumat, keterangan dan penyataan. Tinjauan terhadap kajian mengenai gaya bahasa yang pernah dilakukan bertujuan untuk menganalisis aspek pendekatan yang sering digunakan dalam kajian yang berkaitan. Hasil kajian mendapati novel remaja Khairuddin Ayip mempunyai ciri-ciri keindahan universal dari segi gaya bahasa, nilai intelek dan nilai etika. Novelis menggunakan secara maksimum kesemua aspek gaya bahasa untuk mengolah dan menjalin cerita terutama dalam perlukisan jiwa, perasaan, suasana atau latar dengan menggunakan bahasa asing, kata pinjaman, dialek, bombastik dan apostrophe, gaya bahasa perulangan, perbandingan dan pertentangan untuk mencernakan novel remaja tersebut. Hasil kajian juga mendapati gaya bahasa dapat memperlihatkan jiwa dan keperibadian novelis. Penemuan ini dapat mencerminkan kemantapan serta kematangan novelis tersebut. Keseluruhannya, novelis berjaya mengekspoitasi sepenuhnya gaya bahasa untuk menyampaikan pemikiran dan gagasan ke arah wawasan pembinaan dan penyatuan golongan remaja.