Teknostres Dalam Kalangan Pegawai Akademik Di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti teknostres yang berlaku di kalangan pegawai akadernik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kajian yang dijalankan ini menggunakan persampelan bersistematik (systematic sampling) jenis persampelan rawak berstrata. Kaedah borang soalselidik digunakan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Abu Talib, Zuraidah
格式: Thesis
語言:English
出版: 2005
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5871/1/FBMK_2005_14%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti teknostres yang berlaku di kalangan pegawai akadernik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kajian yang dijalankan ini menggunakan persampelan bersistematik (systematic sampling) jenis persampelan rawak berstrata. Kaedah borang soalselidik digunakan untuk melaksanakan kajian. Instrumen kajian ini adalah berasaskan kepada instrumen Inventori Teknostres Peribadi (Personal Technostress Inventory, PTSI) yang telah dibangunkan dan digunapakai oleh Rosen dan Weil pada tahun 1998 dan 1999. Di dalam kajian ini, seramai 189 pegawai akadernik yang terdiri daripada pelbagai strata jawatan telah menjawab soalselidik yang diedarkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara majoritinya, wujud teknostres tahap sederhana di kalangan pegawai akademik di IPTA yang dikaji. Hanya sebilangan kecil responden yang mengalami teknostres tahap tinggi, t etapi t iada s atu pun r esponden yang t idak m engalami t eknostres. H asil kajian juga mendapati bahawa pegawai akadernik IPTA yang dikaji kerap mengalami teknostres persekitaran masyarakat (societal technostress). Ini diikuti dengan teknostres persempadanan (boundary technostress), teknostres di tempat kerja (workplace technostress), teknostres masa (time technostress), teknostres keluarga (fhmily technosiress), teknostres komunikasi (communication technostress), dan teknostres yang paling sedikit dialami oleh pegawai akademik ini ialah teknostres pembelajaran (learning technostress). Selain itu, Ujian-t yang dijalankan menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan tahap teknostres di kalangan pegawai akademik yang berbeza jantina. Bagaimanapun, pel-bezaan tahap teknostres didapati wujud di kalangan pegawai akademik I PTA yang berbeza mengikut status perkahwinan. Dengan menggunakan Ujian-t juga, kajian menunjukkan wujudnya perbezaan tahap teknostres antara pegawai akadernik yang telah berkahwin dengan pegawai akademik yang belum berkahwin. Pegawai akademik yang telah berkahwin didapati lebih kerap mengalami teknostres berbanding pegawai akademik yang belum berkahwin. Ujian ANOVA Sehala yang dijalankan juga menunjukkan perbezaan tahap teknostres yang signifikan di kalangan pegawai akademik IPTA yang berbeza mengikut umur, jawatan, perasaan terhadap teknologi, dan tahap teknofobia. Sebagai lanjutan kepada ujian ANOVA Sehala, iaitu melalui ujian Post-Hoc yang digunakan, didapati bahawa pegawai akademik yang lebih muda kurang mengalami teknostres berbanding pegawai akademik yang telah berusia. Begitu juga bagi jawatan yang berbeza, tutor didapati paling sedikit mengalami teknostres berbanding guru bahasa. Perbezaan teknostres yang signifikan d i kalangan p egawai a kademik IPTA juga d ikenalpasti b erlaku a ntara guru bahasa dengan profesor ~nadyad an pensyarah. Menggunakan ujian yang sama, didapati bahawa antara pegawai akademik yang berbeza perasaan mereka terhadap teknologi juga mengalami tahap teknostres yang berbeza. Didapati bahawa responden yang lebih rela menunggu dan menunggu sehingga perlu menggunakan teknologi lebih teknostres berbanding responden yang sangat berminat dan bersedia menggunakan teknologi. Perbezaan yang signifikan juga menunjukkan bahawa teknostres di kalangan pegawai akademik adalah berbeza bagi mereka yang mengalami teknofobia tahap tinggi dengan mereka yang mengalami teknofobia tahap sederhana dan rendah. Didapati juga bahawa semakin teknofobia, pegawai akademik juga semakin lturang teknostres.