Penggunaan Multimedia Dalam Perkamusan di Sekolah Menengah

Kajian ini menghuraikan peranan multimedia dalam perkamusan dari sudut makna dan keberkesanan penggunaan kamus berbentuk multimedia dalam pemahaman makna entri kamus yang dipilih. Untuk itu, perisian Kamus Multimedia dibina dengan menggunakan Microsoft Power Point. Kamus Multimedia ini menghuraik...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Siron, Hazim
格式: Thesis
語言:English
出版: 2005
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5877/1/FBMK_2005_17%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini menghuraikan peranan multimedia dalam perkamusan dari sudut makna dan keberkesanan penggunaan kamus berbentuk multimedia dalam pemahaman makna entri kamus yang dipilih. Untuk itu, perisian Kamus Multimedia dibina dengan menggunakan Microsoft Power Point. Kamus Multimedia ini menghuraikan makna entri-entri yang dipilih dengan menggunakan prinsip-prinsip multimedia. Entri-entri dan subentri yang diambil daripada Kamus Dewan edisi 1998, ialah sebanyak 1 17 entri yang dibahagikan kepada kata nama, kata istilah, kata adjektif dan kata kerja. Hasil soal selidik daripada respondan dianalisis, dan dikaitkan dengan teori-teori pembelajaran iaitu Teori Behaviourisme, Teori Fahaman Binaan (Teori Konstruktif), Teori Pemrosesan Maklumat, Teori Neurosains, Teori Kecerdasan Pelbagai., dan Teori Kontekstual. H a d kajian mendapati, dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi yang menerapkan elemen-elemen multimedia seperti video, audio, animasi, grafik, dan teks, kefahaman terhadap entri kamus yang dipilih terutama yang berbentuk abstrak seperti mimik muka, dapat lebih jelas lagi. Penggunaan elemen multimedia, hiperteks,dan boleh terus melayari internet menyebabkan perisian Kamus Multimedia yang dibina ini menjadi lebih menarik dan sesuai dijadikan bahan untuk pembelajaran terutama dalam penggunaan kamus.