Analisis Takmilah Cerpen Pemenang Hadiah Sastera Islam

Cerpen-cerpen berunsur Islam kian meningkat perkembangannya dengan adanya peraduan-peraduan yang dianjurkan di peringkat kebangsaan oleh pelbagai pihak seperti Utusan Zaman dan Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri Malaysia sejak tahun 1970-an hingga kini. Fenomena ini bertanggungjawab secara lang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Bakar, Shamsuddin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5883/1/FBMK_2006_5IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cerpen-cerpen berunsur Islam kian meningkat perkembangannya dengan adanya peraduan-peraduan yang dianjurkan di peringkat kebangsaan oleh pelbagai pihak seperti Utusan Zaman dan Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri Malaysia sejak tahun 1970-an hingga kini. Fenomena ini bertanggungjawab secara langsung melahirkan ramai cerpenis berbakat, dan muncullah banyak koleksi cerpen-cerpen berunsur Islam. Perkembangan kesusasteraan dalam bidang cerpen ini melahirkan penulis-penulis cerpen yang konsisten dengan aliran kesusasteraan Islam. Cerpen-cerpen yang dihasilkan membuktikan betapa nilai-nilai Islam dapat diterap dengan baik dalam bidang kesusasteraan Islam, terutamanya dalam genre cerpen. Malahan kelahiran cerpen-cerpen seperti ini turut melahirkan beberapa teori sastera Islam, antaranya iaitu Teori Takmilah. Sebelum ini, banyak kajian-kajian kesusasteraan Islam dalam genre puisi yang mengaplikasikan teori ini. Oleh itu, tesis ini cuba memperlihatkan betapa teori yang diasaskan oleh Dr. Shafie Abu Bakar bersesuaian dengan kajian terhadap cerpen-cerpen yang berunsur Islam. Pengkaji menggunakan teori ini dalam kajian tesis kerana teori ini mampu menganalisis sama ada sesebuah karya itu benar-benar menepati kriteria-kriteria kehendak sastera Islam atau tidak. Sehubungan itu, kajian cerpen-cerpen yang memenuhi tujuh prinsip teori ini mendukung unsur-unsur Islam yang perlu dihayati dalam kehidupan individu Islam. Tesis ini juga membuktikan berdasarkan pengaplikasian Teori 'Takmilah, bahawa terdapat juga cerpen-cerpen yang diiktiraf dalam Peraduan Mengarang Cerpen Berunsur Islam tetapi masih tidak boleh dianggap sebagai karya yang bertunjangkan sastera Islam. Hasil analisis membuktikan bahawa cerpen-cerpen yang mengaplikasikan ketujuh-tujuh prinsip Teori Takmilah sememangnya merndukung ajaran Tauhid dan ini bersesuaian dengan konsep sastera Islam.