Hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dan penghargaan kendiri dengan tingkah laku delinkuen remaja

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dan penghargaan kendiri dengan tingkah laku delinkuen remaja di sekolah integriti. Objektif utama kajian ini adalah untuk menyelidiki sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara gaya asuhan ibu-bapa dan penghargaan kendir...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Gopal, Loganathan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59231/1/FPP%202015%206IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dan penghargaan kendiri dengan tingkah laku delinkuen remaja di sekolah integriti. Objektif utama kajian ini adalah untuk menyelidiki sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara gaya asuhan ibu-bapa dan penghargaan kendiri dengan tingkah laku delinkuen remaja. Penyelidik menggunakan Teori Pembelajaran Sosial Bandura dalam menghuraikan jenis, punca, ciri-ciri dan kesan delinkuen terhadap remaja dan mangsa. Tingkah laku bermasalah sama ada tegar ataupun tidak dapat diterangkan berdasarkan pelbagai teori. Salah satu daripadanya ialah Teori Pembelajaran Sosial Bandura. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan dilaksanakan dalam bentuk deskriptif dan korelasi. Dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah berasaskan faktor-faktor latar belakang mereka,seramai 220 orang pelatih telah dipilih dari tiga buah sekolah integriti iaitu Sekolah Integriti Kluang,Sekolah Integriti Kajang dan Sekolah Integriti Muar untuk dijadikan sampel kajian ini. Gaya asuhan ibu bapa telah diukur menggunakan soal selidik Parental Authority Questionnair (PAQ) dan penghargaan kendiri telah diukur menggunaka Skala Harga Diri Rosenberg. Delinkuen remaja pula diukur menggunakan soal selidik Self-Reported Delinquency Survey. Kajian ini menunjukkan pelatih yang di bawah jagaan ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan permisif lebih cenderung untuk melakukan tingkah laku delinkuen (r= .754 yang bersignifikan , p value= 0.000 ). Kajian ini mempunyai implikasi penting kepada peranan ibu bapa dalam membanteras tingkah laku delinkuen yang meningkat. Ibu bapa perlu mewujudkan suasana keluarga yang positif kerana ia akan membantu membentuk nilai- nilai positif dalam keluarga yang dapat meningkatkan tingkah laku positif pada anakanak. Kajian juga menunjukkan semakin tinggi ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan autoritatif dan autoritarian, semakin rendah kekerapan tingkah laku delinkuen remaja. Oleh itu melalui kajian ini penyelidik juga berharap ibu bapa dapat menentukan keutamaan dan menetapkan masa khusus untuk aktiviti keluarga. Perancangan bagi menggunakan masa lapang dibuat secara bersama tanpa mengongkong matlamat dan keputusan. Dalam masa yang sama, ibu bapa akan lebih percaya bahawa setiap ahli keluarga mempunyai hak untuk menggunakan masa mengikut budi bicara masing-masing. Selain itu, kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku delinkuen dengan penghargaan kendiri.