Hubungan antara pengharapan, sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko

Kajian deskriptif dan korelasi yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara pengharapan, sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko. Lapan buah sekolah menengah di daerah Hulu Langat telah dipilih se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bali Mohamed, Nur Jannah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59717/1/FPP%202014%2070IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.59717
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.597172018-03-21T02:36:59Z Hubungan antara pengharapan, sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko 2014 Bali Mohamed, Nur Jannah Kajian deskriptif dan korelasi yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara pengharapan, sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko. Lapan buah sekolah menengah di daerah Hulu Langat telah dipilih secara rawak berkelompok. Seramai 184 orang pelajar Tingkatan Empat yang bermasalah disiplin dari sekolah berkenaan telah terpilih sebagai responden. Instrumen Expectations About Counseling-Brief Form oleh Tinsley, Workman dan Kass (1980) telah digunakan untuk mengukur pengharapan terhadap perkhidmatan kaunseling, Attitudes Toward Seeking Professional Psychological Help Scale oleh Fisher dan Farina (1995) digunakan mengukur sikap untuk mendapatkan bantuan perkhidmatan kaunseling dan Intentions to Seek Counseling Inventory oleh Ajzen (2006) mengukur niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Data dianalisis dengan mengunakan ujian korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara pengharapan dengan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko, r (184) = .372; p < .05, seterusnya terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dengan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, r (184) = .325; p < .05. Analisis Regresi Pelbagai pula menunjukkan bahawa pengharapan pelajar menyumbang 13.8% terhadap varian dalam niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko, R2 = .138, F (1, 182) = 29.163, p < .05. Sikap untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling hanya menyumbang 10.6% terhadap varian, R2 = .106, F (1, 182) = 21.480, p < .05. Analisis Regresi Pelbagai menunjukkan pengharapan mengenai kaunseling, Beta = .298 memberi kesan signifikan (t = 4.219, p < .05) berbanding pembolehubah bebas sikap untuk mendapat bantuan kaunseling, Beta = .230 yang memberi kesan signifikan (t = 3.251, p < .05). Hal ini menunjukkan pengharapan mengenai kaunseling pelajar berisiko mempunyai pengaruh yang lebih kepada niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling berbanding dengan sikap untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Pengharapan dan sikap pelajar berisiko terhadap perkhidmatan kaunseling berkait erat dengan niat mereka untuk mendapatkan bantuan kaunselor. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini memberi satu implikasi yang besar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah di Malaysia agar perkhidmatan yang ditawarkan di sekolah perlu memenuhi pengharapan pelajar berisiko dalam kalangan semua sasaran pelajar terutamanya pelajar berisiko dalam kategori masalah salahlaku disiplin. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang disediakan perlu lebih kompitens dan berkualiti serta dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan pelajar dalam melahirkan pelajar modal insan berinovatif dan berkemahiran tinggi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Counseling Psychotherapy 2014 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59717/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59717/1/FPP%202014%2070IR.pdf text en public masters Universiti Putra Malaysia Counseling Psychotherapy Faculty of Educational Studies
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Counseling
Psychotherapy

spellingShingle Counseling
Psychotherapy

Bali Mohamed, Nur Jannah
Hubungan antara pengharapan, sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko
description Kajian deskriptif dan korelasi yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara pengharapan, sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko. Lapan buah sekolah menengah di daerah Hulu Langat telah dipilih secara rawak berkelompok. Seramai 184 orang pelajar Tingkatan Empat yang bermasalah disiplin dari sekolah berkenaan telah terpilih sebagai responden. Instrumen Expectations About Counseling-Brief Form oleh Tinsley, Workman dan Kass (1980) telah digunakan untuk mengukur pengharapan terhadap perkhidmatan kaunseling, Attitudes Toward Seeking Professional Psychological Help Scale oleh Fisher dan Farina (1995) digunakan mengukur sikap untuk mendapatkan bantuan perkhidmatan kaunseling dan Intentions to Seek Counseling Inventory oleh Ajzen (2006) mengukur niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Data dianalisis dengan mengunakan ujian korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara pengharapan dengan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko, r (184) = .372; p < .05, seterusnya terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dengan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, r (184) = .325; p < .05. Analisis Regresi Pelbagai pula menunjukkan bahawa pengharapan pelajar menyumbang 13.8% terhadap varian dalam niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko, R2 = .138, F (1, 182) = 29.163, p < .05. Sikap untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling hanya menyumbang 10.6% terhadap varian, R2 = .106, F (1, 182) = 21.480, p < .05. Analisis Regresi Pelbagai menunjukkan pengharapan mengenai kaunseling, Beta = .298 memberi kesan signifikan (t = 4.219, p < .05) berbanding pembolehubah bebas sikap untuk mendapat bantuan kaunseling, Beta = .230 yang memberi kesan signifikan (t = 3.251, p < .05). Hal ini menunjukkan pengharapan mengenai kaunseling pelajar berisiko mempunyai pengaruh yang lebih kepada niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling berbanding dengan sikap untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Pengharapan dan sikap pelajar berisiko terhadap perkhidmatan kaunseling berkait erat dengan niat mereka untuk mendapatkan bantuan kaunselor. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini memberi satu implikasi yang besar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah di Malaysia agar perkhidmatan yang ditawarkan di sekolah perlu memenuhi pengharapan pelajar berisiko dalam kalangan semua sasaran pelajar terutamanya pelajar berisiko dalam kategori masalah salahlaku disiplin. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang disediakan perlu lebih kompitens dan berkualiti serta dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan pelajar dalam melahirkan pelajar modal insan berinovatif dan berkemahiran tinggi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Bali Mohamed, Nur Jannah
author_facet Bali Mohamed, Nur Jannah
author_sort Bali Mohamed, Nur Jannah
title Hubungan antara pengharapan, sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko
title_short Hubungan antara pengharapan, sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko
title_full Hubungan antara pengharapan, sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko
title_fullStr Hubungan antara pengharapan, sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko
title_full_unstemmed Hubungan antara pengharapan, sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko
title_sort hubungan antara pengharapan, sikap terhadap perkhidmatan kaunseling dan niat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar berisiko
granting_institution Universiti Putra Malaysia
granting_department Faculty of Educational Studies
publishDate 2014
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59717/1/FPP%202014%2070IR.pdf
_version_ 1747812246664249344