Faktor yang mempengaruhi efikasi swadiri komputer dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Kelantan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji efikasi swadiri komputer dalam kalangan murid sekolah. Kajian ini juga akan menentukan hubungan antara faktor personal seperti penggunaan komputer, kegelisahan komputer, sikap terhadap komputer serta dorongan sosial dengan efikasi swadiri komputer. Akhir sekali,...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Ariffin, Nadia Hidayah
格式: Thesis
語言:English
出版: 2014
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59837/1/FPP%202015%2080IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji efikasi swadiri komputer dalam kalangan murid sekolah. Kajian ini juga akan menentukan hubungan antara faktor personal seperti penggunaan komputer, kegelisahan komputer, sikap terhadap komputer serta dorongan sosial dengan efikasi swadiri komputer. Akhir sekali, kajian juga akan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi efikasi swadiri komputer murid. Kajian ini dijalankan ke atas 413 orang murid Tingkatan 4 sekolah menengah harian di semua daerah di negeri Kelantan yang mengambil mata pelajaran Literasi Informasi Komunikasi dan Teknologi (ICTL). Instrumen kajian terdiri daripada efikasi swadiri komputer, kegelisahan terhadap komputer dan sikap terhadap komputer. Nilai keboleh percayaan bagi efikasi swadiri komputer adalah .84, penggunaan komputer (.85), kegelisahan terhadap komputer (.76), sikap terhadap komputer (.82) dan dorongan sosial (.75) Dapatan kajian menunjukkan bahawa efikasi swadiri komputer murid adalah sederhana (M= 3.93, SP = .33). Bagi penggunaan komputer berada pada tahap sederhana (M = 2.41, SP = .40), kegelisahan murid terhadap komputer pula berada pada tahap sederhana (M = 2.18, SP = .32), sikap terhadap komputer berada pada tahap sederhana (M = 3.78, SP = .32), manakala dorongan sosial berada pada tahap sederhana (M = 3.91, SP = .37). Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara penggunaan komputer dengan efikasi swadiri komputer (r = .302),sikap terhadap komputer dengan efikasi swadiri komputer (r = .433), kegelisahan komputer dengan efikasi swadiri komputer (r = -.435) dan dorongan sosial dengan efikasi swadiri komputer (r = .317). Analisis regresi menunjukkan pemboleh ubah penggunaan komputer ( = .136), kegelisahan terhadap komputer ( = -.205), sikap terhadap komputer ( = .169) dan dorongan sosial terhadap penggunaan komputer ( = .101) merupakan penyumbang kepada 26 peratus efikasi swadiri komputer. Secara keseluruhan, kajian ini menujukkan bahawa efikasi swadiri komputer murid adalah baik dengan faktor seperti penggunaan komputer, kegelisahan terhadap komputer,sikap terhadap komputer dan dorongan sosial merupakan faktor peramal bagi efikasi swadiri komputer. Oleh yang demikian, murid perlu kerap menggunakan komputer dan memupuk sikap yang positif terhadap komputer agar dapat meningkatkan efikasi swadiri komputer. Ibu bapa dan guru juga perlu menerapkan dorongan dan motivasi yang tinggi terhadap teknologi komputer agar murid peka terhadap perkembangan teknologi yang serba mencabar ini.