Hubungan kesedaran metakognitif, penglibatan pembelajaran dan gaya pembelajaran terhadap tahap pemikiran reflektif pelajar pendidikan teknikal dan vokasional

Elemen pembangunan pendidikan di Malaysia sering melibatkan kemahiran berfikir. Pemikiran reflektif merupakan salah satu cabang kemahiran berfikir yang diyakini berupaya mengurangkan jurang antara teori dan praktis dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV). Kajian in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rahimi, Nik Hanis Zuraihan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59884/1/FPP%202015%2064IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Elemen pembangunan pendidikan di Malaysia sering melibatkan kemahiran berfikir. Pemikiran reflektif merupakan salah satu cabang kemahiran berfikir yang diyakini berupaya mengurangkan jurang antara teori dan praktis dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemikiran reflektif dan hubungannya dengan pemboleh ubah kesedaran metakognitif, penglibatan pembelajaran dan gaya pembelajaran. Penyelidik menggunakan reka bentuk kajian korelasi dengan instrumen soal selidik. Responden kajian terdiri daripada 195 orang pelajar tahun akhir yang mengikuti program pengajian sarjana muda PTV. Data dianalisis menggunakan bantuan program perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai tahap pemikiran reflektif yang tinggi. Pelajar memperoleh skor min yang tinggi dalam konstruk pemahaman, (M = 4.12, SP = .41) berbanding konstruk pemikiran reflektif yang lain iaitu tindakan lazim (M = 3.71, SP = .63), refleksi (M = 4.09, SP = .43), dan refleksi kritikal (M = 4.00, SP = .48). Manakala, analisis terhadap hubungan antara pemboleh ubah kesedaran metakognitif, penglibatan pembelajaran dan pendekatan gaya pembelajaran menunjukkan aras signifikan yang tinggi dan membuktikan memberi pengaruh positif kepada pemboleh ubah tahap pemikiran reflektif. Hasil kajian ini menunjukkan pelajar dalam bidang PTV telah mencapai suatu tahap pemikiran reflektif yang memuaskan dalam pembelajaran mereka. Namun, dapatan kajian menyatakan pemikiran reflektif kritikal sukar dicapai oleh kebanyakan pelajar. Justeru, pelajar perlu sentiasa dilatih dan melalui proses bimbingan untuk memperoleh kemahiran berfikir secara reflektif kritikal. Daripada dapatan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan untuk kajian lanjutan.