Mengenal Pasti Tapak Stesyen Pemindahan Sisa Pepejal Dengan Menggunakan Sistem Maklumat Geografi

Jarak tapak pelupusan yang jauh dari kawasan kutipan memerlukan infrastruktur stesen pemindahan sisa pepejal dicadangkan. Tujuan infrastruktur ini dibina adalah untuk dijadikan sebagai tempat persinggahan sementara, sebelum sisa pepejal tersebut dibawa keluar ke kawasan pelupusan yang biasanya te...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Idris, Mohd Rizal
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2005
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6016/1/FK_2005_20.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Jarak tapak pelupusan yang jauh dari kawasan kutipan memerlukan infrastruktur stesen pemindahan sisa pepejal dicadangkan. Tujuan infrastruktur ini dibina adalah untuk dijadikan sebagai tempat persinggahan sementara, sebelum sisa pepejal tersebut dibawa keluar ke kawasan pelupusan yang biasanya terletak ditempat yang lain. Kajian ini memfokus kepada pencarian tapak stesen pemindahan sisa pepejal yang sesuai di antara kawasan Shah Alam dan kawasan Subang Jaya. Buat masa ini tidak terdapat senarai kriteria yang tersedia dalam menentukan lokasi stesen pemindahan. Kriteria-kriteria yang digunakan dalam kajian-kajian yang berkaitan, dari dalam dan luar negeri, telah dirujuk dalam menentukan tapak stesen pemindahan sisa pepejal ini. Penilaian kesesuaian kriteria-kriteria ini dibincangkan dalam kajian ini. Kriteria yang terpilih digunakan untuk menentukan kesesuaian dan keperluan memperolehi tapak stesen pemindahan sisa pepejal. Di dalam kajian ini, terdapat dua jenis kriteria telah diwujudkan iaitu kriteria pengecualian dan kriteria pengkelasan. Kriteria pengecualian digunakan dalam Sistem Maklumat Geografi dengan menggunakan data reruang dan data atribut untuk mencari tapak-tapak yang sesuai, manakala kriteria pengkelasan digunakan untuk mengkelaskan tapak-tapak yang telah diperolehi mengikut kepentingan dengan menggunakan kaedah Proses Hirarki Analitik. Keputusan yang diperolehi dibandingkan dengan kaedah Goal Achievement Matrix yang telah digunakan di Jabatan Alam Sekitar Sabah. Hasil keputusan pemilihan tapak melalui kriteria pengecualian mendapati 5 tapak yang sesuai untuk dijadikan sebagai tapak pemindahan sisa pepejal. Hasil pengkelasan mengikut kepentingan menunjukkan Tapak A memperolehi nilai pemberat 0.305 bersamaan dengan 30%, Tapak B memperolehi nilai pemberat 0.134 bersamaan dengan 13%, Tapak C memperolehi nilai pemberat 0.130 bersamaan dengan 1396, Tapak D memperolehi nilai pemberat 0.194 bersamaan dengan 19% dan Tapak E memperolehi nilai pemberat 0.238 bersamaan dengan 24%. Klasifikasi yang sarna telah diperolehi dari kaedah Goal Achievement Matrix. Kajian ini telah berjaya membuktikan Sistem Maklumat Geografi dan Proses Hirarki Analitik adalah sesuai dan berfaedah, dan memberikan kaedah yang sistematik dalam mendapatkan dan memilih stesen pemindahan sisa pepejal