Perbandingan antara fonologi dan leksikal dialek utara dengan dialek Charok Kudong di Kedah, Malaysia

Kajian ini berusaha membandingkan fungsi fonologi dan leksikal dialek Utara (DU) dan dialek Charok Kudong (DCK) di Kedah. Kajian ini juga mengemukakan tiga objektif utama. Pertama adalah untuk menjelaskan inventori fonem dan penyebarannya dalam kedua-dua dialek. Objektif kedua pula adalah untuk memb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zubir, Zuliana
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60357/1/FBMK%202014%2041IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini berusaha membandingkan fungsi fonologi dan leksikal dialek Utara (DU) dan dialek Charok Kudong (DCK) di Kedah. Kajian ini juga mengemukakan tiga objektif utama. Pertama adalah untuk menjelaskan inventori fonem dan penyebarannya dalam kedua-dua dialek. Objektif kedua pula adalah untuk membandingkan proses fonologi yang berlaku dalam kedua-dua dialek berdasarkan Teori Fonologi Generatif. Manakala, dalam objektif ketiga kajian ini pula adalah untuk menghuraikan penggunaan kata leksikal dan hubungan makna di antara kedua-dua dialek. Metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah berdasarkan kepada beberapa kaedah iaitu kaedah lapangan,kepustakaan, tinjauan dan pengumpulan data berdasarkan beberapa pendekatan. Responden untuk kajian ini terdiri daripada 15 responden dari Kampung Bukit Jambul dan 15 responden lagi dari Kampung Charok Kudong. Data kajian diperoleh melalui temu bual, borang soal selidik dan data mentah yang dianalisis berdasarkan teori Fonologi Generatif dan teori Medan Makna. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan fonem dan rumus dalam kedua-dua dialek yang dikaji. Di samping itu, kajian ini juga mendapati wujudnya perkaitan makna antara kata leksikal dalam kedua-dua dialek.