Integrasi Harga Dalam Pasaran Tuna Di Sumatera Barat, Indonesia
Objektif am daripada penyelidikan ini adalah untuk mengkaji integrasi harga dalam pasaran tuna di Sumatera Barat, Indonesia. Objektif khusus adalah: (1) untuk meneliti pola dan perhubungan harga antara pusat pasaran dan tahap pasaran, (2) untuk meneliti pasaran manakah yang memimpin harga, (3) un...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6059/1/FEP_2005_4.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Objektif am daripada penyelidikan ini adalah untuk mengkaji integrasi harga
dalam pasaran tuna di Sumatera Barat, Indonesia. Objektif khusus adalah: (1)
untuk meneliti pola dan perhubungan harga antara pusat pasaran dan tahap
pasaran, (2) untuk meneliti pasaran manakah yang memimpin harga, (3) untuk
meneliti kewujudan aliran simetri harga antara tahap pasaran iaitu tahap agen,
borong, dan runcit, (4) untuk meneliti implikasi polisi ke atas sistem pemasaran
tuna.
Metodologi yang digunapakai dalam kajian ini adalah model kointegrasi Johansen
dan Juselius (1990), Model Pembaikan Ralat (ECM) [Granger (1986) serta Engle
dan Granger (1987)], asirnetri harga (Boyd dan Brorsen (1988). Data yang
digunapakai adalah data harian yang diperolehi daripada pusat lelong di Padang,
Pariaman, dan Tiku Agam, dan pasaran wilayah Padang, Padang Panjang,
Bukittinggi, dan Payakumbuh yang diperolehi dari Jabatan Kelautan clan
Perikanan Sumatera Barat yang bermula dari tahun 1996 hingga tahun 2000
dengan jumlah pemerhatian 1 825.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pasaran lelong, wilayah, lelong-wilayah,
dan lelong-wilayah (agen, borong, dan runcit) berkointegrasi. Model Pembaikan
Ralat (ECM) menunjukkan kewujudan hubungan jangka pendek antara pusat
pasaran di pasaran lelong, wilayah, lelong-wilayah. Perkara yang sarna
diperhatikan antara tahap pasaran (agen, borong, dim runcit). Manakala dapatan
kajian Model Pembaikan Ralat (ECM) antara harga lelong dengan harga
diperingkat agen, borong, dan runcit membuktikan bahawa agen, borong, dan
runcit memimpin harga pasaran lelong dalam jangka pendek. Asimetri harga
dijumpai di beberapa pasaran, manakala harga simetri ditemui diseluruh pasaran.
Agihan keuntungan yang tidak seimbang antara pengeluar, agen, dan pemborong,
disebabkan oleh keuntungan yang besar diperolehi oleh pemborong disetiap
pasaran wilayah. Situasi ini menyebabkan sumbangan cukai daripada sektor
perikanan adalah rendah. Ia juga menyebabkan pembangunan sektor nelayan kecil
yang lembab dimana sebahagian besar nelayan hiup dalam kemiskinan. Implikasi
polisi yang terbaik adalah memperbaiki struktur pasaran dengan menggalakkan
persaingan dan aliran harga pasaran yang licin dan cekap. |
---|