Mereka Bentuk dan Membina Sebuah Mesin Belah Buah dan Pisah Biji Koko Secara Membujur
Sebuah mesin belah buah dan pisah biji koko secara membujur telah dibina dan diuji. Mesin ini dijalankan dengan menggunakan kuasa motor elektrik berkuasa 2.2 kW. Perisian AutoCAD keluaran 2000 digunakan untuk membantu menghasilkan reka bentuk yang dicadangkan. Komponen mesin ini terbahagi kepada...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6072/1/FK_2005_55.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sebuah mesin belah buah dan pisah biji koko secara membujur telah dibina dan
diuji. Mesin ini dijalankan dengan menggunakan kuasa motor elektrik berkuasa 2.2
kW. Perisian AutoCAD keluaran 2000 digunakan untuk membantu menghasilkan
reka bentuk yang dicadangkan. Komponen mesin ini terbahagi kepada tiga bahagian
utama iaitu bahagian penghantar buah, bahagian belah buah dan bahagian pisah biji.
Dua orang pengendali diperlukan untuk mengendalikan mesin ini. Seorang untuk
kerja-kerja meletakkan buah di atas pemegang buah yang bergerak di atas tali sawat
rata dan seorang lagi diperlukan untuk kerja-kerja mengumpul biji koko basah.
Bahagian penghantar buah direka bentuk dengan konsep putaran tali sawat rata
penghantar yang berputar di antara takal pemacu dan takal penurut dengan kelajuan
300 mmlsaat. Komponen pemegang buah pula diperbuat daripada bungkah kayu
berbentuk 'V' dan ditetapkan berjarak 310 mm di sepanjang tali sawat rata
penghantar. Kedudukan buah yang diletakkan pada alat pemegang buah ini adalah
secara membujur. Manakala bahagian belah buah pula adalah tempat di mana buah dibelah dengan pisau pembelah yang bergerak secara turun naik menggunakan
mekanisma roda tenaga. Bahagian pisah biji memisahkan biji koko dengan kulit
buah menggunakan alat silinder jejaring pemisah yang berputar dengan kelajuan 54
psm. Ujian perlakuan telah dijalankan ke atas prototaip mesin belah buah dan pisah
biji secara membujur. Sampel-sampel buah koko yang terdiri daripada empat jenis
klon yang berbeza, tiga kategori saiz buah, dua tempoh simpanan buah yang
berlainan serta kadar kelembapan kulit buah yang berbeza telah diuji bagi mengesan
keberkesanan mesin yang dibina.
Keputusan ujian perlakuan menunjukkan perbezaan saiz, jenis klon serta tempoh
simpanan buah tidak memberi kesan terhadap kecekapan dan keberkesanan pada
mesin prototaip. Kelembapan pada kulit buah menunjukkan kesan di mana buah
yang berkelembapan tinggi memberi kesan meningkatkan kecekapan mesin.
Keputusan tersebut juga menunjukkan peratus biji luka dan serpihan kulit yang
terjadi pada mesin ini adalah di bawah 5%. Kecekapan komponen silinder jejaring
pemisah dicatatkan pada kadar 96.2% pada kecondongan lo. Masa pemotongan buah
dicatatkan pada kadar 2.5 saat setiap buah. Keupayaan mesin adalah dianggarkan di
antara 1,200 hingga 1,500 buah sejam dan ini boleh menghasilkan sejumlah 180
hingga 200 kg biji basah. Analisis kos menunjukkan mesin belah buah dan pisah biji
koko ini dapat menjimatkan 4.8 tenaga manusia dalam kerja-kerja pemecahan dan
pemisahan biji. |
---|