Ciri dan Identiti Pusat Dagangan Pekan Baru, Riau, Indonesia.

Proses pembangunan bandar yang berterusan akan merubah ciri dan identiti kawasan bandar tersebut. Keadaan fizikal, politik, sosio ekonomi dan budaya adalah faktor-faktor yang sangat mempengaruhi pengembangan bandar. Kajian ini adalah menilai unsur ciri dan identiti pada kawasan pusat perniagaan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: H. Syahrum, Dahlia
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2005
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6177/1/FRSB_2005_2.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Proses pembangunan bandar yang berterusan akan merubah ciri dan identiti kawasan bandar tersebut. Keadaan fizikal, politik, sosio ekonomi dan budaya adalah faktor-faktor yang sangat mempengaruhi pengembangan bandar. Kajian ini adalah menilai unsur ciri dan identiti pada kawasan pusat perniagaan (Central Business District) di Jalan Sudirman Pekanbaru, Indonesia. Kajian ini meliputi kawasan pentadbiran, perniagaan, perbankan, kawasan pedagang kaki lima, laluan siarkaki, tempat rnembeli belah serta mercu tanda. Ciri senibina lnerupakan ciri utama di dalam pembentukan identiti sesuatu bandar dan amat sensitif kepada perubahan dan pengembangan pembangunan terutama di era globalisasi ini. Identiti ini haruslah dipelihara supaya kita dapat memupuk semangat sosial dan kebanggaan nasional terhadap harta dan warisan bangsa. Penyelidikan ini lebih banyak menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan kaedah ZOPP. Ini kerana kajian lebih memfokuskan manusia dimana pemerhatian kawasan kajian dianalisis mengikut teori Kevin Lynch (1960). Lima elemen yang memberi kejelasan terhadap bandar iaitu laluan, persempadanan, mercu tanda, titik tumpuan, dan daerah dan persekitaran yang responsif digunakan untuk mengenal pasti ciri dan identiti Bandar Pekanbaru. Hasil kajian menunjukan bahawa kesedaran dan sikap prihatin masyarakat, profesional dan pemerintah tentang bandar adalah tinggi. Mereka mengharapkan kehidupan tradisi serta identiti setempat tidak dihakis oleh perubahan pembangunan, dan masih mengekalkan ciri dan identiti bandar. Kajian ini juga mendapati bahawa bandar Pekanbaru masih kaya dengan budaya Melayu dan seni bina Melayu yang mencerminkan ciri dan identiti yang unik bagi bandar Pekanbaru. Sumbangan daripada kajian yang dijalankan ialah cadangan strategi dalam bentuk garispanduan kriteria rekabentuk dan perancangan.