Persepsi Pengguna Terhadap Kualiti Reka Bentuk Barangan Elektrik Buatan Malaysia

Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan kefahaman tentang persepsi pengguna di negeri Melaka terhadap kualiti reka bentuk barangan elektrik buatan Malaysia dan pelaksanaan dasar pembangunan produk baru untuk meningkatkan keyakinan pengguna kepada sesuatu poduk itu. Selain itu, kajian ini juga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Noor, Jamiluddin
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6179/1/FRSB_2005_3.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan kefahaman tentang persepsi pengguna di negeri Melaka terhadap kualiti reka bentuk barangan elektrik buatan Malaysia dan pelaksanaan dasar pembangunan produk baru untuk meningkatkan keyakinan pengguna kepada sesuatu poduk itu. Selain itu, kajian ini juga untuk mengenal pasti tahap kualiti produk elektrik buatan Malaysia seperti yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa SlRlM QAS Sdn. Bhd. Kajian ini menggunakan dua kaedah penyelidikan. Pertama, kaedah kuantitatif iaitu borang soal selidik untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pengguna terhadap kualiti produk elektrik buatan Malaysia di Melaka. Kedua, kaedah kualitatif temu bual dengan informan untuk memahami pelaksanaan dasar pembangunan produk baru di dua buah syarikat pengeluar produk elektrik buatan Malaysia yang berjenama popular dan tidak popular dari persepsi pengguna yang diperolehi dari kaedah kuantitaif. Pada akhir kajian ini, obejktifnya ialah untuk mencadangkan satu model dasar pembangunan produk baru yang sesuai kepada pengeluar untuk meningkatkan kualiti produk elektrik buatan Malaysia. Penemuan kajian ini menunjukkan persepsi responden terhadap produk elektrik buatan Malaysia dari jenama popular adalah berkualiti. Sebahagian besar responden mementingkan kualiti daripada segi fungsi, ketahanan dan ciri-ciri keselamatan yang ada pada sesuatu produk elektrik itu. Penemuan kajian juga mendapati produk elektrik buatan Malaysia menghadapi krisis kualiti kerana dasar pembangunan produk baru tidak dipraktikkan oleh pengeluar produk elektrik buatan Malaysia yang berjenama tidak popular. Ini telah memberi kesan terhadap kualiti produk keluaran mereka. Kesimpulan kajian menunjukkan bahawa dengan mengamalkan dasar pembangunan produk baru seperti yang diamalkan oleh pengeluar produk elektrik yang popular telah dapat meningkatkan kualiti reka bentuk produk elektrik dan seterusnya dapat memenuhi kepuasan pengguna. Oleh kerana begitu besar kesan pelaksanaan dasar pembangunan produk baru terhadap kualiti reka bentuk dan persepsi pengguna ke atas produk elektrik itu, maka adalah dicadangkan supaya pengeluar produk elektrik yang tidak popular mengamalkan model dasar pembangunan produk baru di syarikat mereka.