Kesan Rawatan Haba Terhadap Sifat Kenyal Kaca Ternari Mgcl2.Zno.P2o5 dan Mgcl2.Zno B202.

Penghasilan kaca dalam pelbagai komposisi pada julat yang luas untuk penggunaan tertentu sedang banyak dilakukan. Dalam kajian ini kesan kemasukkan ion Mg dan Zn dalam set kaca fosfat dan borat dikaji dihasilkan dengan menggunakan penyejukkan leburan mendadak. Dua siri kaca ternari telah berjaya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zakaria, Hasnu
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6243/1/FS_2005_29.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penghasilan kaca dalam pelbagai komposisi pada julat yang luas untuk penggunaan tertentu sedang banyak dilakukan. Dalam kajian ini kesan kemasukkan ion Mg dan Zn dalam set kaca fosfat dan borat dikaji dihasilkan dengan menggunakan penyejukkan leburan mendadak. Dua siri kaca ternari telah berjaya disintisiskan iaitu Magnesium Zink Fosfat [ Mg~l2(l.$nO(~ Iz (P205)l-z dengan peratusan mol z dari 0.5 hingga 0.7 dengan pecahan nilai x antara 0 sehingga 1 dan siri kaca Magnesium Zink Borat [ MgC12cl.x>ZnO(xI,z (P205)l-z juga peratusan mol z dari 0.5 hingga 0.7 dengan pecahan nilai x antara 0 hingga 1. Pengukuran halaju ultrasonik telah dijalankan menggunakan sistem pemperolehan data ultrasonik MBS 8000. Ketumpatan kaca tersebut diukur dengan menggunakan prinsip Archimedes. Daripada halaju dan ketumpatan, ciri-ciri kenyal kaca boleh di dapati.Modulus Young, modulus pukal dan suhu Debye didapati meningkat dengan penambahan kandungan ZnO dan mula berkurangan dengan penambahan MgC12. Modulus kenyal kedua-dua siri kaca di dapati meningkat dengan penambahan ZnO tetapi corak suhu debye berkurangan dengan meningkatnya MgC12. Ciri-ciri kenyal di dapati berkait rapat dengan kekuatan rangkaian dan struktur kaca. Apabila kedua-dua siri kaca dikenakan rawatan haba, didapati berlakunya peningkatan bagi modulus kenyal dan dapat diperhatikan bahawa kaca semakin tegar dan struktur kaca semakin kuat.