Persepsi Kumpulan Sasar Terhadap Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kajian-kajian mengenai kemiskinan di Malaysia sering dilakukan oleh penyelidik daripada perspektif yang berbeza-beza kerana banyak program yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta. Bagaimanapun program skim bantuan kepada kumpulan sasar seringkali kurang mendapat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zainudin, Mohamad Zahir
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6368/1/IPSS_2009_2a.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian-kajian mengenai kemiskinan di Malaysia sering dilakukan oleh penyelidik daripada perspektif yang berbeza-beza kerana banyak program yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta. Bagaimanapun program skim bantuan kepada kumpulan sasar seringkali kurang mendapat maklum balas daripada penerima bantuan. Justeru itu, sukar bagi agensi pelaksana untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang ada dalam program berkenaan. Oleh itu adalah penting untuk mengetahui persepsi penerima bantuan terhadap JKMM dan juga perubahan yang dilalui dari segi ekonomi, sosial dan jati diri mereka. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti persepsi kumpulan sasar terhadap skim bantuan JKMM WP. Seramai 157 responden yang terdiri daripada penerima bantuan telah dipilih secara persampelan mudah. Pengumpulan data menggunakan soal selidik berstruktur. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 15.0. Hasil kajian menunjukkan golongan wanita lebih ramai menerima bantuan berbanding lelaki. Daripada keseluruhan penerima, mereka yang berumur lebih 55 tahun adalah paling ramai mendapat bantuan (57.3%). Sebahagian besar penerima terdiri dari etnik Melayu (45.2%), diikuti India (33.1%) dan Cina (16.6%), berpendapatan di bawah RM500 sebulan dan majoritinya menerima bantuan di bawah skim Bantuan Am (56.7%). Kajian juga mendapati terdapat perkaitan yang signifikan di antara persepsi penerima bantuan ke atas perkhidmatan pelanggan JKMM dengan faktor demografi taraf pendidikan dan pendapatan keluarga. Dapatan ini menunjukkan persepsi perkhidmatan pelanggan yang lebih baik akan meningkatkan kesan umum penerima ke atas skim bantuan berkenaan. Hasil kajian juga menunjukkan persepsi penerima terhadap skim bantuan berada pada tahap tinggi di mana nilai min keseluruhan pemboleh ubah yang dikaji adalah 3.71. Perkaitan di antara faktor demografi dengan persepsi perubahan yang dilalui dari segi ekonomi tidak menunjukkan sebarang perkaitan yang signifikan. Namun wujud hubungan yang signifikan di antara faktor demografi dengan perubahan sosial dan jati diri bagi etnik dan pendapatan keluarga. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak pengurusan bagi meningkatkan pelaksanaan skim bantuan yang disediakan. Kajian pada masa hadapan juga harus melihat kepada usaha-usaha memperkasa keupayaan penerima bantuan supaya mereka dapat berdikari dan tidak bergantung pada bantuan pihak-pihak berkaitan.