Keberkesanan Aplikasi Teknologi Komputer Dalam Aktiviti Penghasilan Pendidikan Seni

Aplikasi teknologi komputer telah dimasukkan dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual yang dilancarkan pada 2003. Oleh itu, adalah wajar komputer digunakan sebagai alat pengujian dalam Pendidikan Seni Grafik. Objektif penyelidikan ini ialah untuk menentukan keberkesanan penggunaan komputer...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: A. Samah, Azimah
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
Malay
منشور في: 2004
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6414/1/FPP_2004_30.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Aplikasi teknologi komputer telah dimasukkan dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual yang dilancarkan pada 2003. Oleh itu, adalah wajar komputer digunakan sebagai alat pengujian dalam Pendidikan Seni Grafik. Objektif penyelidikan ini ialah untuk menentukan keberkesanan penggunaan komputer dalam menghasilkan poster. Aspek yang dikaji merangkumi empat tumpuan utama, iaitu interpretasi, gubahan, warna dan kreativiti dalam poster yang dihasilkan oleh pelajar. Hasil karya dibuat dengan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah konvensional dan aplikasi komputer. Dua kumpulan telah dipilih dalam kajian ini iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Setiap kumpulan terdiri dari 35 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil Pendidikan Seni Visual sebagai mata pelalajaran elektif. Kajian berlangsung selama 18 minggu dan setiap proses pengajaran dan pembelajaran berjalan selama dua jam iaitu bersamaan 36 jam. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk penyelidikan eksperimen. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan markah yang signifikan antara markah bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam pasca ujian. lmplikasi kajian menunjukkan aplikasi penggunaan perisian komputer adalah merupakan satu alternatif dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dan berupaya membantu meningkatkan pencapaian markah pelajar dari aspek interpretasi, gubahan, warna dan kreativiti.