Penilaian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Terhadap Keberkesanan Penggunaan KPMNet

Kajian yang diklasifikasikan sebagai deskriptif ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan sistem Rangkaian Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang Kementerian Pelajaran Malaysia) (KPMNet) berdasarkan persepsi Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Semenanjung Malaysia. Ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Rashid, Ismail
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6443/1/FPP_2005_11.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang diklasifikasikan sebagai deskriptif ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan sistem Rangkaian Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang Kementerian Pelajaran Malaysia) (KPMNet) berdasarkan persepsi Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Semenanjung Malaysia. Kajian ini dilaksanakan berasaskan kaedah tinjauan dengan menggunakan sod selidik. Kajian ini menggunakan faktor latar belakang pengguna, konteks (hala tuju), input (sumber dan tenaga kerja), proses penggunaan (perlaksanaan) dan produk (hasil dan kesan) bagi menentukan dan mengenal pasti keberkesanan penggunaan KPMNet oleh PPP. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan keseluruhan penggunaan KPMNet oleh PPP. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan pemboleh ubah yang menjadi penyumbang utama kepada pencapaian matlamat penggunaan KPMNet sebagai produk. Model Dimensi Utama Penilaian Penggunaan Rangkaian Pendidikan (DUPPRP) yang diubah suai dari model CIPP yang dikemukakan oleh Stufflebeam et al. (1971) yang berlandaskan konsep Pengurusan Proses (PP) dan pendekatan penilaian proses dan faktor (P&F) digunakan dalam kajian ini. Teori penilaian program yang digunakan ialah berasaskan teori "Management Oriented Evaluation" seperti yang dikemukakan oleh Worthen dan Sanders (1987). Populasi kajian ini terdiri daripada 477 orang PPP dari 11 buah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di Semenanjung Malaysia, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur), Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Satu set instrumen sod selidik dibina oleh pengkaji dan didapati mempunyai nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach antara 0.82 dan 0.99. Data diproses dengan menggunakan program SPSS-Windows versi 7.5. Statistik deskriptif menggunakan fiekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Analisis berstatistik regresi berganda juga digunakan untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang menyumbang kepada penggunaan KPMNet sebagai produk. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan penggunaan KPMNet di kalangan PPP di setiap JPN Semenanjung Malaysia adalah tinggi. Sehubungan itu, keseluruhannya boleh dikatakan bahawa persepsi PPP menerangkan bahawa penggunaan KPMNet berkesan. Penggunaan berkesan kerana pemahaman PPP tentang matlamat, objektif, misi dan sumbangan KPMNet yang dapat dipupuk melalui bahan-bahan atau maklumat yang diguna pakai secara bersama. Bagaimanapun, hasil kajian juga menunjukkan kelemahan dalam penggunaan KPMNET kerana terdapat PPP tidak menggunakan EducatioNet dalam aspek-aspek tertentu, kemungkinan sebab tidak berminat, kekangan masa dm tiada kemahiran. Selain itu, berdasarkan analisis regresi berganda didapati interaktiviti dengan menggunakan EducatioNet, persembahan maklumat menggunakan EducatioNet (kandungan maklumat), perlaksanaan tugas dengan menggunakan EducatioNet; pemantauan dengan menggunakan EducatioNet, tenaga kerja berkaitan dengan KPMNet, perkongsian maklumat pendidikan dengan menggunakan EducatioNet, rnisi KPMNet dan perkakasan KPMNet menyumbang kepada pencapaian matlamat, objektif, rnisi, visi dan kesan KPMNet sebagai produk.