Kesan Perlaksanaan Modul Kerjaya Terhadap Kematangan Kerjaya Pelajar Sekolah Menengah Di Selangor

Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan perlaksanaan modul kerjaya terhadap kematangan kerjaya pelajar di sebuah sekolah menengah di Negeri Selangor. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian true experimental, iaitu reka bentuk kumpulan kawalan rawak praujian-pasca ujian. Sampel kajian ter...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Tan, Wat Jin
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2005
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6462/1/FPP_2005_23.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan perlaksanaan modul kerjaya terhadap kematangan kerjaya pelajar di sebuah sekolah menengah di Negeri Selangor. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian true experimental, iaitu reka bentuk kumpulan kawalan rawak praujian-pasca ujian. Sampel kajian terdiri daripada 40 pelajar Tingkatan Empat yang diagihkan kepada dua kumpulan mengikut kaedah persampelan rawak mudah. Dua kumpulan tersebut adalah kumpulan eksperimen yang mendapat rawatan dan kumpulan kawalan yang tidak diberi apa-apa rawatan. Kumpulan eksperimen menjalani rawatan selama tujuh belas hari menggunakan modul kerjaya yang mengandungi enam bahagian yang dihasilkan oleh Hanid Abdul Halit. Kedua-dua kumpulan ini telah diberikan lnventori Kematangan Kerjaya (Crites & Savickas, 1995) sebelum dan selepas rawatan. Inventori Kematangan Kerjaya digunakan kerana alat ukuran ini sesuai untuk mengukur tahap kematangan kerjaya pelajar. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif (min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus) serta statistik inferensi (ujian-t). Keputusan kajian menunjukkan bahawa modul kerjaya dapat meningkatkan kematangan kerjaya di kalangan pelajar secara berkesan. Kumpulan eksperimen menunjukkan signifikan hasil daripada kesan perlaksanaan program iaitu [t(19) = -8.682, p < .05]. Dapatan kajian ini menunjukkan betapa perlu dan pentingnya Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan Program Kerjaya dalam kurikulum sekolah untuk membantu perkembangan dan kematangan kerjaya pelajar.