Hubungan Antara Personaliti, Salah Laku Dan Pencapaian Akademik Mahasiswa Lepasan Siji Tinggi Pelajaran Malaysia Di Institut Pengajian Tinggi Awam
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji hubungan antara personaliti, salah laku dan pencapaian akademik mahasiswa lepasan STPM. Kajian turut meninjau kaitan antara latar belakang mahasiswa dengan personaliti. Latar belakang yang dikajikan adalah jantina, kedudukan mahasiswa dalam susunan ad...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6533/1/FPP_2005_32.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji hubungan antara personaliti, salah
laku dan pencapaian akademik mahasiswa lepasan STPM. Kajian turut meninjau
kaitan antara latar belakang mahasiswa dengan personaliti. Latar belakang yang
dikajikan adalah jantina, kedudukan mahasiswa dalam susunan adik-beradik, tahap
pendidikan ibubapa mahasiswa dan pendapatan bulanan ibubapa mahasiswa.
Sampel kajian seramai 372 orang mahasiswa (1 80 lelaki, 192 perempuan) adalah
terdiri daripada pelajar semester pertama di 12 buah kolej kediaman di Universiti
Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Mahasiswa tersebut adalah dari lepasan STPM
tahun 2002. Inventori Personaliti Eysenck Junior dan Laporan Salah Laku Diri
digunakan.
Ujian korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang negatif
signifikan ant~ras kor ekstrovert dengan keputusan STPM iaitu r = -0.191, p<0.01,manakala terdapat hubungan yang positif signifikan antara skor neurotik dengan
keputusan STPM (r = 0.177, p<0.01).
Dalam ujian t, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
antara lelaki dan perempuan dengan skor neurotik iaitu t= 2.493, p<0.05. Manakala,
dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara lelaki dan
perempuan dengan skor ekstrovert, t= 0.555, p>0.05.
Ujian khi kuasa-dua menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara latar
belakang mahasiswa dengan persoanliti kecuali kedudukan pelajar dalam susunan
adik-beradik.
Secara ringkasnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kini matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam rnelahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu
dan personaliti telah dicabar. Individu yang cemerlang akademik tidak semestinya
mempunyai personaliti yang memuaskan. Di samping itu, latar belakang seseorang
individu masih memainkan peranan yang penting dalam perkembangan personaliti
seseorang individu. |
---|