Pembelajaran Di Kalangan Warga Tua India: Di Barat Laut Rawang
Kajian ini bertujuan meninjau pembelajaran di kalangan warga tua India di Malaysia. Kajian ini berpandukan soalan berikut: (1) Siapakah warga tua India, (2) Adakah mereka masih belajar? Jika ya apakah yang mereka belajar dan mengapakah mereka belajar, (3) Bagaimanakah orang tua India belajar dan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6538/1/FPP_2005_33.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan meninjau pembelajaran di kalangan warga tua India di Malaysia.
Kajian ini berpandukan soalan berikut: (1) Siapakah warga tua India, (2) Adakah
mereka masih belajar? Jika ya apakah yang mereka belajar dan mengapakah mereka
belajar, (3) Bagaimanakah orang tua India belajar dan (4) Apakah yang
mempengaruhi pembelajaran orang tua India pada hari tua mereka.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kajian kes.
Responden kajian terdiri daripada 14 orang warga tua India yang berusia 60 tahun ke
atas di bahagian barat laut Rawang. Kaedah temu duga secara mendalam dalam
Bahasa Tamil dijalankan untuk mengumpul data kajian. Tringulasi, perundingan
setara dan pemeriksaan ahli turut digunakan untuk meningkatkan kesahihan data.
Dapatan menunjukkan bahawa responden sihat dari segi fizikal. Sungguhpun nampak
tua dengan rambut yang beruban dan kulit yang berkedut, narnun responden kuat dan
aktif. Mereka mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik. Hampir kesemua
responden bekerja dan yang selebihnya menampung hidup dengan pencen, keluaran
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja clan wang simpanan persendirian. Responden berkahwin dan mempunyai antara tiga hingga lima orang anak. Mereka tinggal dalam
keluarga luas bersama anak lelaki yang telah berumah tangga. Secara kebetulan
kesemua responden gembira mengharungi zaman tua mereka. Walau bagaimanapun
responden tidak berpendidikan tinggi.
Dapatan juga menunjukkan bahawa aspek pembelajaran responden meliputi lima
aspek utarna iaitu kesihatan, pekerjaan dan tugasan di rumah, keagamaan, isu semasa
dan kebajikan keluarga. Sehubungan ini responden menggunakan teknik
pembelajaran arah kendiri, secara perbincangan, berasaskan media massa,
pengalaman dan pembelajaran berasaskan dalam konteks. Tambahan lagi dapatan
mengemukakan lapan faktor yang mempengaruhi aktiviti pembelajaran warga tua
India.
Lima kesimpulan dapat dibuat daripada kajian ini iaitu warga tua India (1)
mempunyai latar belakang sosioekonomi rendah, (2) mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat yang bersesuaian dengan kehidupan semasa secara tidak formal dan
kebetulan (incidental) seperti pembelajaran arah kendiri, secara perbincangan,
berasaskan pengalaman, dalam konteks dan berpandukan media massa; (3) belajar
aspek kehidupan seperti kesihatan, peke rjaan, keagamaan, kebajikan dan isu semasa
setelah didorong oleh perubahan dan pembangunan yang dialami semasa tua; (4)
melalui proses pembelajaran yang dipengaruhi oleh nilai dan corak kehidupan seperti
hidup berdikari, kesihatan, prihatin kepada keluarga, sosialisasi dan perasaan
keseorangan mempengaruhi pembelajaran warga tua India dan (5) belajar aspek
kehidupan berbeza pada peringkat umur berlainan. Dengan ini temyatalah bahawa
pembelajaran responden dibentuk oleh konteks, budaya atau komuniti, pengalaman,
masalah, keperluan dan aktiviti itu sendiri. |
---|