Kesan Penggunaan Internet Dalam Penulisan Karangan Pelajar Sekolah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan internet dalam penulisan karangan Bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 114 pelajar tingkatan empat di daerah Hulu Langat. Sebanyak 57 orang pelajar ditempatkan dalam kumpulan eksperimen dan 57 orang pe...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Hashim, Hashimah
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2005
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6544/1/FPP_2005_34.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan internet dalam penulisan karangan Bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 114 pelajar tingkatan empat di daerah Hulu Langat. Sebanyak 57 orang pelajar ditempatkan dalam kumpulan eksperimen dan 57 orang pelajar ditempatkan dalam kumpulan kawalan. Pencapaian dilihat melalui tiga jenis karangan berbentuk fakta iaitu karangan jenis pendapat, perbincangan dan rencana. Skor didasarkan dengan menggunakan skema Pemarkahan Karangan Bahasa Malaysia Kertas 1 (110311) daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Untuk melihat tanggapan pelajar dalam penulisan karangan daripada aspek motivasi, sikap, minat dan efikasi kendiri, instrumen soal selidik digunakan. Instrumen soal selidik ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian seperti aspek motivasi menggunakan instrumen yang diubahsuai daripada instrumen Warschauer (1 996), sikap daripada instrumen Loyd dan Loyd (1 985), minat daripada instrumen Cramer dan Smith (2000) dan instrumen Shrneck dan Geister - Breintein, (1995) untuk efikasi kendiri. Kajian ini adalah jenis eksperimen kuasi yang menggunakan reka bentuk, praujian dan pascaujian untuk kumpulan tak seiupa (the pre test post test, non equivalent group designs). Pencapaian pelajar bagi kumpulan eksperimen adalah signifikan (p < 0.05), dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Penggunaan internet dalam penulisan karangan juga telah memberikan niotivasi, sikap, minat dan efikasi kendiri yang positif dalam penulisan karangan bahasa Melayu