Pembangunan belia positif melalui proses pementoran dalam program kepemimpinan belia di Malaysia

Penyerlahan potensi dan keupayaan belia bagi membina kesediaan mereka untuk memimpin dapat menyumbang secara langsung kepada pembangunan belia positif (PYD). Walau bagaimanapun, pembangunan kepemimpinan belia memerlukan pembelajaran terbimbing dan model pemimpin yang boleh diikuti. Justeru, kaedah p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Arshad, Mohd Mursyid
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65686/1/FPP%202016%2021%20UPM%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.65686
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.656862018-10-25T07:43:13Z Pembangunan belia positif melalui proses pementoran dalam program kepemimpinan belia di Malaysia 2016-07 Arshad, Mohd Mursyid Penyerlahan potensi dan keupayaan belia bagi membina kesediaan mereka untuk memimpin dapat menyumbang secara langsung kepada pembangunan belia positif (PYD). Walau bagaimanapun, pembangunan kepemimpinan belia memerlukan pembelajaran terbimbing dan model pemimpin yang boleh diikuti. Justeru, kaedah pementoran berpotensi dalam menyediakan medium pembelajaran tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk meneroka proses pementoran ke arah PYD menerusi empat persoalan utama: (1) Apakah proses pementoran yang dilaksanakan dalam program pembangunan kepemimpinan? (2) Apakah yang protégé pelajari dalam proses pementoran? (3) Bagaimana protégé belajar dalam proses pementoran? dan (4) Apakah elemen PYD yang terbentuk dalam kalangan protégé hasil daripada pementoran yang dilaksanakan? Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif berunsurkan kajian kes dan menggunakan Program Perdana Leader Fellowship (PLF) dan Program Felo Perdana (PFP) sebagai konteks bagi pengumpulan data kajian. Sejumlah 13 orang informan telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada protégé, mentor, pihak penganjur dan penyedia latihan. Data dikumpulkan menerusi temu bual semi berstruktur mendalam yang disokong dengan maklumat berkaitan daripada perbincangan kumpulan berfokus, pemerhatian turut serta, analisis dokumen dan nota lapangan. Data seterusnya dianalisis dan diberikan kod, kategori dan sub tema bagi membangunkan tema utama untuk menjawab setiap persoalan kajian. Kajian mendapati pementoran pembangunan kepemimpinan belia memerlukan mentor dan protégé yang dipadankan dengan tepat dan masing-masing komited terhadap pencapaian matlamat pementoran. Pembelajaran pementoran berjaya dilaksanakan melalui pendedahan kepada situasi kepemimpinan sebenar dan penyediaan hubungan yang berterusan antara protégé dengan mentor walaupun setelah pementoran berakhir. Semasa pementoran berlangsung, pembelajaran protégé dapat dipecahkan kepada tiga aspek utama iaitu pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor. Pembangunan kognitif merangkumi pembinaan pengetahuan menerusi capaian informasi semasa menggunakan kaedah yang pelbagai dan penyelidikan maklumat dalam membentuk kematangan berfikir. Nilai integriti dan kesukarelawanan yang disemai membantu dalam pembentukan afektif protégé sebagai pemimpin. Pada masa yang sama, pembangunan psikomotor telah mengukuhkan kemahiran kepemimpinan protégés‟ menerusi pengurusan organisasi dan politik, kepemimpinan strategik dan pembinaan jaringan. Pembelajaran protégé didapati berlaku menerusi pengalaman, pemerhatian, interaksi secara langsung antara protégé dan mentor serta penglibatan protégé secara aktif di dalam Communities of Practice (COP). Dapatan empirikal mendapati pementoran kepemimpinan telah berjaya membina kompetensi, keyakinan, karakter, pengikatan dan perasaan penyayang protégé yang merangkumi keseluruhan elemen „5C‟ dalam PYD. Kajian ini dapat membantu pelbagai pihak yang berkepentingan khususnya Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sektor awam dan swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat dalam merencana program pembangunan kepemimpinan belia yang lebih sistematik dan strategik. Implikasi daripada kajian ini dapat membantu pembinaan bakat baharu dalam kepemimpinan dan meningkatkan kesediaan belia untuk memimpin secara lebih berkesan seperti yang digariskan dalam Dasar Belia Malaysia 2015. Youth Mentoring in social service - Malaysia Leadership 2016-07 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65686/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65686/1/FPP%202016%2021%20UPM%20IR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Youth Mentoring in social service - Malaysia Leadership
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Youth
Mentoring in social service - Malaysia
Leadership
spellingShingle Youth
Mentoring in social service - Malaysia
Leadership
Arshad, Mohd Mursyid
Pembangunan belia positif melalui proses pementoran dalam program kepemimpinan belia di Malaysia
description Penyerlahan potensi dan keupayaan belia bagi membina kesediaan mereka untuk memimpin dapat menyumbang secara langsung kepada pembangunan belia positif (PYD). Walau bagaimanapun, pembangunan kepemimpinan belia memerlukan pembelajaran terbimbing dan model pemimpin yang boleh diikuti. Justeru, kaedah pementoran berpotensi dalam menyediakan medium pembelajaran tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk meneroka proses pementoran ke arah PYD menerusi empat persoalan utama: (1) Apakah proses pementoran yang dilaksanakan dalam program pembangunan kepemimpinan? (2) Apakah yang protégé pelajari dalam proses pementoran? (3) Bagaimana protégé belajar dalam proses pementoran? dan (4) Apakah elemen PYD yang terbentuk dalam kalangan protégé hasil daripada pementoran yang dilaksanakan? Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif berunsurkan kajian kes dan menggunakan Program Perdana Leader Fellowship (PLF) dan Program Felo Perdana (PFP) sebagai konteks bagi pengumpulan data kajian. Sejumlah 13 orang informan telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada protégé, mentor, pihak penganjur dan penyedia latihan. Data dikumpulkan menerusi temu bual semi berstruktur mendalam yang disokong dengan maklumat berkaitan daripada perbincangan kumpulan berfokus, pemerhatian turut serta, analisis dokumen dan nota lapangan. Data seterusnya dianalisis dan diberikan kod, kategori dan sub tema bagi membangunkan tema utama untuk menjawab setiap persoalan kajian. Kajian mendapati pementoran pembangunan kepemimpinan belia memerlukan mentor dan protégé yang dipadankan dengan tepat dan masing-masing komited terhadap pencapaian matlamat pementoran. Pembelajaran pementoran berjaya dilaksanakan melalui pendedahan kepada situasi kepemimpinan sebenar dan penyediaan hubungan yang berterusan antara protégé dengan mentor walaupun setelah pementoran berakhir. Semasa pementoran berlangsung, pembelajaran protégé dapat dipecahkan kepada tiga aspek utama iaitu pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor. Pembangunan kognitif merangkumi pembinaan pengetahuan menerusi capaian informasi semasa menggunakan kaedah yang pelbagai dan penyelidikan maklumat dalam membentuk kematangan berfikir. Nilai integriti dan kesukarelawanan yang disemai membantu dalam pembentukan afektif protégé sebagai pemimpin. Pada masa yang sama, pembangunan psikomotor telah mengukuhkan kemahiran kepemimpinan protégés‟ menerusi pengurusan organisasi dan politik, kepemimpinan strategik dan pembinaan jaringan. Pembelajaran protégé didapati berlaku menerusi pengalaman, pemerhatian, interaksi secara langsung antara protégé dan mentor serta penglibatan protégé secara aktif di dalam Communities of Practice (COP). Dapatan empirikal mendapati pementoran kepemimpinan telah berjaya membina kompetensi, keyakinan, karakter, pengikatan dan perasaan penyayang protégé yang merangkumi keseluruhan elemen „5C‟ dalam PYD. Kajian ini dapat membantu pelbagai pihak yang berkepentingan khususnya Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sektor awam dan swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat dalam merencana program pembangunan kepemimpinan belia yang lebih sistematik dan strategik. Implikasi daripada kajian ini dapat membantu pembinaan bakat baharu dalam kepemimpinan dan meningkatkan kesediaan belia untuk memimpin secara lebih berkesan seperti yang digariskan dalam Dasar Belia Malaysia 2015.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Arshad, Mohd Mursyid
author_facet Arshad, Mohd Mursyid
author_sort Arshad, Mohd Mursyid
title Pembangunan belia positif melalui proses pementoran dalam program kepemimpinan belia di Malaysia
title_short Pembangunan belia positif melalui proses pementoran dalam program kepemimpinan belia di Malaysia
title_full Pembangunan belia positif melalui proses pementoran dalam program kepemimpinan belia di Malaysia
title_fullStr Pembangunan belia positif melalui proses pementoran dalam program kepemimpinan belia di Malaysia
title_full_unstemmed Pembangunan belia positif melalui proses pementoran dalam program kepemimpinan belia di Malaysia
title_sort pembangunan belia positif melalui proses pementoran dalam program kepemimpinan belia di malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2016
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65686/1/FPP%202016%2021%20UPM%20IR.pdf
_version_ 1747812357777653760