Pengaruh persekitaran sosial terhadap tingkah laku disiplin murid sekolah rendah di Klang, Selangor, Malaysia

Kajian ini adalah satu penyelidikan yang mengkaji mengenai pengaruh persekitaran sosial terhadap tingkah laku, disiplin murid-murid Sekolah Rendah Daerah Klang. Sekolah Kebangsaan Telok Pulai dan Sekolah Kebangsaan Taman Gembira telah dipilih sebagai sampel kajian. Ia bertujuan mengenal pasti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Kalam, Haseena Banu
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66037/1/FEM%202016%201%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah satu penyelidikan yang mengkaji mengenai pengaruh persekitaran sosial terhadap tingkah laku, disiplin murid-murid Sekolah Rendah Daerah Klang. Sekolah Kebangsaan Telok Pulai dan Sekolah Kebangsaan Taman Gembira telah dipilih sebagai sampel kajian. Ia bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap disiplin dalam kalangan murid-murid terutamanya murid tahun 4, 5 dan 6. Kajian ini adalah satu kajian berbentuk deskriptif dan korelasi. Seramai 450 orang murid telah dipilih secara rawak sebagai responden. Segala maklumat diperolehi dengan menggunakan borang soalselidik. Instrumen kajian yang digunakan merupakan adaptasi daripada soal selidik hasil kajian Najib (1999). Ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 30 orang responden yang tidak termasuk dalam sampel kajian dan Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.849. Analisis dilakukan menggunakan perisian “SPSS 21.0 for Windows’. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara tahap disiplin murid dengan faktor guru dan pengajaran guru, ibubapa dan keluarga serta faktor rakan sebaya. Sementara faktor persekitaran sekolah mempunyai hubungan yang positif dan tidak signifikan dengan tahap disiplin. Faktor yang paling dominan mempengaruhi tahap disiplin adalah faktor keluarga berdasarkan min yang paling rendah kerana penyataan merupakan soalan berbentuk negatif maka min rendah adalah yang terbaik. Hasil kajian ini dapat membantu ibu bapa menerapkan nilai-nilai murni dan kesedaran bagi menjauhi gejala salah laku dalam kalangan anak-anak mereka agar menjadi individu yang bersikap positif demi kesejahteraan masa depan mereka.