Hubungkait antara personaliti, peranan gender, komunikasi, tekanan kewangan dan kualiti perkahwinan dalam kalangan individu muslim baru berkahwin di Lembah Klang, Malaysia

Kualiti perkahwinan adalah satu aspek penting dalam institusi keluargaan yang berfungsi membentuk kesejahteraan, kesihatan dan emosi individu. Dipercayai, individu yang mempunyai perkahwinan yang berkualiti cenderung untuk memiliki kesejahteraan hidup yang positif dalam pelbagai aspek kehidupa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman, Soffizzan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66759/1/FEM%202016%2047%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kualiti perkahwinan adalah satu aspek penting dalam institusi keluargaan yang berfungsi membentuk kesejahteraan, kesihatan dan emosi individu. Dipercayai, individu yang mempunyai perkahwinan yang berkualiti cenderung untuk memiliki kesejahteraan hidup yang positif dalam pelbagai aspek kehidupan seperti kesejahteraan mental, fizikal, dan emosi. Faktor-faktor dalam Model Vulnerability Stress Adaptation (VSA) menerangkan ciri-ciri vulnerabiliti, proses adaptasi dan tekanan dilihat mampu mempengaruhi kualiti hubungan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara personaliti, peranan gender, komunikasi dan tekanan kewangan ke atas kualiti perkahwinan. Sebagai tambahan, kajian juga mengkaji kesan pengantara komunikasi di antara pemboleh ubah berkaitan dengan kualiti perkahwinan. Seramai 549 responden beragama Islam yang telah berkahwin dalam tempoh kurang 24 bulan di sekitar Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dijadikan sampel dan teknik pensampelan bertujuan dan bola salji telah digunakan. Instrumen “Dyadic Adjustment Scale”, “The Three Couple Scale PREPARED/ENRICH: Marital Satisfaction, Communication and Conflict Resolution”, “Goldberg‟s Unipolar Big Five Markers”, “The Attitude towards Gender Roles Scale” dan “InCharge Financial Distress/Financial Well-Being Scale” digunakan untuk mengukur pemboleh ubah yang berkaitan. Kebolehpercayaan yang tinggi dicatatkan untuk semua instrumen yang telah diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Analisis univariat, bivariat dan multivariat telah dijalankan untuk menjawab objektif kajian. Hasil kajian mendapati pendidikan, emotional stability, extraversion, openess, agreeableness, conscientiousness dan komunikasi mempunyai perkaitan signifikan yang positif dengan kualiti perkahwinan manakala peranan gender dan tekanan kewangan mempunyai perkaitan signifikan yang negatif dengan kualiti perkahwinan. Analisis regresi berganda pula mendapati agreeableness, neuroticism, komunikasi dan tekanan kewangan adalah penyumbang faktor peramal yang signifikan kepada kualiti perkahwinan. Walau bagaimanapun, komunikasi menjadi faktor peramal yang kuat berbanding faktor lain. Analisis regresi mediator mendapati komunikasi menjadi pengantara perubahan antara personaliti emotional stability, extraversion, openess, agreeableness, conscientiousness dengan kualiti perkahwinan. Justeru, dapatan kajian menyokong model VSA dalam menerangkan hubung kait antara personaliti, peranan gender, komunikasi dan tekanan kewangan dengan kualiti perkahwinan. Peranan komunikasi dilihat sangat kritikal dalam menjayakan proses interaksi antara pasangan baru berkahwin.