Penggunaan 'aku' dalam kalangan masyarakat Lahad Datu, Sabah, Malaysia

Penggunaan ‘aku’ merupakan salah satu aspek berbahasa yang penting dalam perbualan seharian kerana penggunaan yang salah akan menggambarkan individu itu tidak santun dalam berbahasa. Penggunaan ‘aku’ dalam perbualan juga akan menimbulkan implikasi sosial sekiranya tidak digunakan mengikut kese...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dawi, Noor Fadilah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66799/1/FBMK%202016%2049%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.66799
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.667992019-01-31T08:21:58Z Penggunaan 'aku' dalam kalangan masyarakat Lahad Datu, Sabah, Malaysia 2016-08 Dawi, Noor Fadilah Penggunaan ‘aku’ merupakan salah satu aspek berbahasa yang penting dalam perbualan seharian kerana penggunaan yang salah akan menggambarkan individu itu tidak santun dalam berbahasa. Penggunaan ‘aku’ dalam perbualan juga akan menimbulkan implikasi sosial sekiranya tidak digunakan mengikut kesesuaian konteks dan budaya. Hal ini kerana ‘aku’ dikaitkan penggunaannya dengan pesapa yang akrab iaitu mempunyai hubungan rapat atau setaraf sahaja dengan penyapa. Penggunaannya akan dianggap kasar jika digunakan terhadap pesapa yang perlu dihormati. Berdasarkan pemerhatian dan penelitian pengkaji, penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat di Sabah tidak hanya digunakan dalam hubungan yang akrab atau setaraf bahkan terhadap orang yang perlu dihormati termasuklah kepada ibu bapa sendiri. Oleh yang demikian, penggunaan ‘aku’ bagi masyarakat di Sabah, khususnya masyarakat Lahad Datu akan dikaji dalam tesis ini. Kajian dilakukan berdasarkan tiga objektif, iaitu untuk mengenal pasti penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat Lahad Datu mengikut status dan usia, menganalisis penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat Lahad Datu menggunakan Komponen Komunikasi Saville-Troike (1991) dan merumuskan penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat Lahad Datu. Untuk itu, kaedah pemerhatian dan temu bual digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Penggunaan Model Sistem Sapaan Mengikut Pasangan atau Diad serta Tahapnya (Amat Juhari Moain, 1989) dan Komponen Komunikasi Saville-Troike (1991) pula dijadikan sebagai panduan dalam proses penganalisisan data. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat Lahad Datu bukan sahaja digunakan terhadap individu yang akrab atau setaraf dengan mereka, tetapi juga terhadap ahli dalam keluarga asas, ahli dalam keluarga lebih luas dan ahli dalam komuniti lebih luas. Penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat Lahad Datu juga dapat dimanifestasikan penggunaannya dalam lima konteks, iaitu konteks kesantunan, konteks kekuasaan, konteks keakraban, konteks kemesraan dan konteks kekitaan. Justeru, dapatlah dikatakan bahawa ‘aku’ digunakan oleh masyarakat Lahad Datu dalam perbualan seharian mereka dengan mengekalkan keunikan berbahasa dalam penggunaannya yang tersendiri. Malay language - Usage Malay language - Dialects Sabah (Malaysia) 2016-08 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66799/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66799/1/FBMK%202016%2049%20IR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Malay language - Usage Malay language - Dialects Sabah (Malaysia)
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Malay language - Usage
Malay language - Dialects
Sabah (Malaysia)
spellingShingle Malay language - Usage
Malay language - Dialects
Sabah (Malaysia)
Dawi, Noor Fadilah
Penggunaan 'aku' dalam kalangan masyarakat Lahad Datu, Sabah, Malaysia
description Penggunaan ‘aku’ merupakan salah satu aspek berbahasa yang penting dalam perbualan seharian kerana penggunaan yang salah akan menggambarkan individu itu tidak santun dalam berbahasa. Penggunaan ‘aku’ dalam perbualan juga akan menimbulkan implikasi sosial sekiranya tidak digunakan mengikut kesesuaian konteks dan budaya. Hal ini kerana ‘aku’ dikaitkan penggunaannya dengan pesapa yang akrab iaitu mempunyai hubungan rapat atau setaraf sahaja dengan penyapa. Penggunaannya akan dianggap kasar jika digunakan terhadap pesapa yang perlu dihormati. Berdasarkan pemerhatian dan penelitian pengkaji, penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat di Sabah tidak hanya digunakan dalam hubungan yang akrab atau setaraf bahkan terhadap orang yang perlu dihormati termasuklah kepada ibu bapa sendiri. Oleh yang demikian, penggunaan ‘aku’ bagi masyarakat di Sabah, khususnya masyarakat Lahad Datu akan dikaji dalam tesis ini. Kajian dilakukan berdasarkan tiga objektif, iaitu untuk mengenal pasti penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat Lahad Datu mengikut status dan usia, menganalisis penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat Lahad Datu menggunakan Komponen Komunikasi Saville-Troike (1991) dan merumuskan penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat Lahad Datu. Untuk itu, kaedah pemerhatian dan temu bual digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Penggunaan Model Sistem Sapaan Mengikut Pasangan atau Diad serta Tahapnya (Amat Juhari Moain, 1989) dan Komponen Komunikasi Saville-Troike (1991) pula dijadikan sebagai panduan dalam proses penganalisisan data. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat Lahad Datu bukan sahaja digunakan terhadap individu yang akrab atau setaraf dengan mereka, tetapi juga terhadap ahli dalam keluarga asas, ahli dalam keluarga lebih luas dan ahli dalam komuniti lebih luas. Penggunaan ‘aku’ dalam kalangan masyarakat Lahad Datu juga dapat dimanifestasikan penggunaannya dalam lima konteks, iaitu konteks kesantunan, konteks kekuasaan, konteks keakraban, konteks kemesraan dan konteks kekitaan. Justeru, dapatlah dikatakan bahawa ‘aku’ digunakan oleh masyarakat Lahad Datu dalam perbualan seharian mereka dengan mengekalkan keunikan berbahasa dalam penggunaannya yang tersendiri.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Dawi, Noor Fadilah
author_facet Dawi, Noor Fadilah
author_sort Dawi, Noor Fadilah
title Penggunaan 'aku' dalam kalangan masyarakat Lahad Datu, Sabah, Malaysia
title_short Penggunaan 'aku' dalam kalangan masyarakat Lahad Datu, Sabah, Malaysia
title_full Penggunaan 'aku' dalam kalangan masyarakat Lahad Datu, Sabah, Malaysia
title_fullStr Penggunaan 'aku' dalam kalangan masyarakat Lahad Datu, Sabah, Malaysia
title_full_unstemmed Penggunaan 'aku' dalam kalangan masyarakat Lahad Datu, Sabah, Malaysia
title_sort penggunaan 'aku' dalam kalangan masyarakat lahad datu, sabah, malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2016
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66799/1/FBMK%202016%2049%20IR.pdf
_version_ 1747812408523489280