Teknik perundingan dalam Pertandingan Debat Diraja

Pertandingan Debat Diraja merupakan satu platform yang membolehkan pendebat mempamerkan kemahiran berkomunikasi dan mengaplikasikan teknik perundingan dalam penghujahan. Teknik penghujahan yang betul bukan sahaja dapat mengangkat kredibiliti pendebat tetapi juga dapat mempengaruhi khalayak sek...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Abdul Rahim, Noor Asliza
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
منشور في: 2016
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66817/1/FBMK%202016%2030%20IR.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Pertandingan Debat Diraja merupakan satu platform yang membolehkan pendebat mempamerkan kemahiran berkomunikasi dan mengaplikasikan teknik perundingan dalam penghujahan. Teknik penghujahan yang betul bukan sahaja dapat mengangkat kredibiliti pendebat tetapi juga dapat mempengaruhi khalayak sekali gus memenangi pertandingan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti teknik perundingan yang digunakan oleh pendebat dalam Pertandingan Debat Diraja, menganalisis teknik perundingan pendebat berdasarkan Teknik Perundingan Asmah Haji Omar (2000), seterusnya merumuskan hubungan antara teknik perundingan dengan keputusan pertandingan. Kajian ini menumpukan teknik perundingan yang digunakan oleh para pendebat dalam Pertandingan Akhir Debat Diraja pada tahun 2009, 2010 dan 2012. Data diperoleh melalui rakaman audio video dan ditranskripsikan dalam bentuk bertulis. Terdapat 373 data yang telah dikenal pasti dan dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif dan statistik mudah. Selanjutnya, kajian ini telah mengaplikasikan kerangka Teknik Perundingan Asmah Haji Omar (2000) yang mengemukakan lima kategori teknik, iaitu ciri pragmatik, cerita, bunga bahasa, pemilihan kod dan humor. Kajian ini mendapati bahawa pendebat ada menggunakan teknik perundingan semasa berhujah. Teknik penggunaan ciri pragmatik merupakan teknik yang paling banyak digunakan, iaitu sebanyak 244 kali bagi ketiga-tiga tahun. Secara keseluruhannya, kajian ini diharap dapat memberikanmanfaat kepada mahasiswa,khususnya pendebat supaya dapat menggunakan teknik perundingan yang betul semasa berhujah dan mempraktikkannya dalam konteks yang lebih luas.