Teknik perundingan dalam Pertandingan Debat Diraja

Pertandingan Debat Diraja merupakan satu platform yang membolehkan pendebat mempamerkan kemahiran berkomunikasi dan mengaplikasikan teknik perundingan dalam penghujahan. Teknik penghujahan yang betul bukan sahaja dapat mengangkat kredibiliti pendebat tetapi juga dapat mempengaruhi khalayak sek...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Abdul Rahim, Noor Asliza
格式: Thesis
语言:English
出版: 2016
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66817/1/FBMK%202016%2030%20IR.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Pertandingan Debat Diraja merupakan satu platform yang membolehkan pendebat mempamerkan kemahiran berkomunikasi dan mengaplikasikan teknik perundingan dalam penghujahan. Teknik penghujahan yang betul bukan sahaja dapat mengangkat kredibiliti pendebat tetapi juga dapat mempengaruhi khalayak sekali gus memenangi pertandingan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti teknik perundingan yang digunakan oleh pendebat dalam Pertandingan Debat Diraja, menganalisis teknik perundingan pendebat berdasarkan Teknik Perundingan Asmah Haji Omar (2000), seterusnya merumuskan hubungan antara teknik perundingan dengan keputusan pertandingan. Kajian ini menumpukan teknik perundingan yang digunakan oleh para pendebat dalam Pertandingan Akhir Debat Diraja pada tahun 2009, 2010 dan 2012. Data diperoleh melalui rakaman audio video dan ditranskripsikan dalam bentuk bertulis. Terdapat 373 data yang telah dikenal pasti dan dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif dan statistik mudah. Selanjutnya, kajian ini telah mengaplikasikan kerangka Teknik Perundingan Asmah Haji Omar (2000) yang mengemukakan lima kategori teknik, iaitu ciri pragmatik, cerita, bunga bahasa, pemilihan kod dan humor. Kajian ini mendapati bahawa pendebat ada menggunakan teknik perundingan semasa berhujah. Teknik penggunaan ciri pragmatik merupakan teknik yang paling banyak digunakan, iaitu sebanyak 244 kali bagi ketiga-tiga tahun. Secara keseluruhannya, kajian ini diharap dapat memberikanmanfaat kepada mahasiswa,khususnya pendebat supaya dapat menggunakan teknik perundingan yang betul semasa berhujah dan mempraktikkannya dalam konteks yang lebih luas.